Skip to main content

KENALI PERMATA SEBENAR HABIB

www.123mamanet.com

Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama HABIB bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Kawasan tersebut sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’. Datuk Haji Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling.

Bilik pameran pertama HABIB di Pitt Street, Penang

Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan.

Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan kemas untuk meraikan sesuatu berita gembira ataupun menandakan satu detik istimewa dan sambutan hari bermakna. Perkara Ini telah mendorong beliau untuk membuka kedai barangan kemas beliau sendiri.

Menariknya, sementara peniaga barangan kemas yang lain sekadar menjual emas, namun ia tampil dengan kelainan apabila menjual berlian dan batu permata. 

Dato’ Sri Meer Habib

Dato’ Sri Meer Habib, satu-satunya anak lelaki pengasas HABIB turut mewarisi minat yang sama. Sewaktu kecil, beliau amat teruja setiap kali melihat bapanya membuka peti besi dan sentiasa kagum dengan kilauan pelbagai warna berlian dan batu permata. Perkara ini mempengaruhi beliau untuk belajar dan berazam untuk membantu menguruskan perniagaan bapanya. 

Meskipun Datuk Haji Habib dikenali sebagai pengasas jenama ini, namun Dato’ Sri Meer yang memainkan peranan yang penting dalam menjadikannya sebuah jenama yang dikenali ramai dan dipercayai untuk berada di peringkat yang tersendiri. Selepas tamat belajar, beliau mendapat ilham untuk membawa konsep peruncitan barangan kemas berikutan jurang permintaan yang tinggi dalam pasaran. 

Pada ketika itu, rekaan untuk barangan kemas berlian untuk masyarakat melayu adalah terhad dan permintaan begitu tinggi.  Pelanggan inginkan pilihan untuk rantai labuh, kerongsang, butang baju melayu yang tiada di pasaran pada masa itu.

HABIB mula mengeluarkan pelbagai koleksi berlian dan batu permata dan menjadikannya sebagai peniaga barangan berlian dan batu permata ketika itu dan terus menjadi tumpuan peminat barangan berlian.

Bilik Pameran HABIB di Semua House

Perkara ini telah mendorong kepada pembukaan bilik pameran pertamanya di Semua House, pada tahun 1986. HABIB memilih untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi dan dekat dengan pelanggan lalu bilik pamerannya diubah suai dengan konsep kedai emasnya yang lebih mesra pelanggan dengan tidak menggunakan jeriji logam seperti kedai-kedai emas lain agar pelanggan merasakan pengalaman membeli yang lebih peribadi dan selesa.

Pelanggan mulai membanjiri bilik pameran tersebut dan ia terus melebarkan empayar peniagaan dengan membuka lebih banyak bilik pameran di serata Malaysia.  

Dato’ Sri Meer mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kuasa pemasaran, bagi beliau pemasaran adalah satu pelaburan yang mesti dilaksanakan sesebuah syarikat untuk kekal relevan.

Pada masa itu, HABIB adalah sebuah jenama barangan kemas yang pertama unutk bersiaran secara langsung di media elektronik; radio and televisyen, pengiklanan di atas pengangkutan awam dan papan iklan di lebuhraya.

Pelbagai initiative telah diusahakan untuk meletakkannya di tahap ini, sejarah baru tercipta apabila HABIB menjadi jenama barangan kemas yang pertama tersenarai dalam Bursa Malaysia sebelum kembali diswastakan pada tahun 2005. 

Sentiasa peka dengan corak perubahan semasa serta citarasa pelanggan menjadikan HABIB sentiasa selangkah di hadapan jenama-jenama lain. HABIB turut berjaya meraih kepercayaan daripada jenama antarabangsa untuk melebarkan sayapnya dengan menjual berlian Hearts On Fire® dari Amerika Syarikat yang mempertaruhkan potongan berlian yang paling sempurna di dunia atau disebut sebagai ‘World’s Most Perfectly Cut Diamond’, jenama barangan kemas eksklusif Stephen Webster dari London, Pandora dari Denmark, Les Georgettes by Altesse dari Perancis, TOUS dari Sepanyol serta pengedar tunggal jam tangan mewah mampu milik Ice- Watch dari Belgium.

Selain itu, syarikat ini turut memperluaskan perniagaan dalam industri lain seperti penjualan barangan kemas mewah antik menerusi jenama Chantique, perkhidmatan pajak gadai Islam pertama yang menerima berlian, batu permata dan emas iaitu Ar-Rahnu Express, TimeZone, dan industri pertama diceburi selain barangan kemas iaitu Hotel Jewels yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. 

Fleksibiliti adalah sikap yang amat dititikberatkan oleh Dato’ Sri Meer dan menjadi antara teras utama jenama ini dalam memberikan khidmat pelanggan yang terbaik di samping menawarkan barangan yang berkualiti tinggi. Prinsip dan nilai-nilai murni yang diterapkan sejak dahulu lagi telah menjadi pemangkin kejayaan perniagaan milik keluarga ini. 

Koleksi emas Oro Italia 916 yang cukup eksklusif

Pepatah Inggeris ‘Jewellers are the tastemakers of the society’ yang membawa erti peniaga barangan kemas adalah pencipta rencah rasa masyarakat dan pepatah ini amat sinonim dengan HABIB. Pada tahun 2010 syarikat ini tampil dengan koleksi emas Oro Italia 916 iaitu satu koleksi emas yang eksklusif terdapat hanya di HABIB.

Rekabentuk yang begitu unik dan baru dan  berkualiti tinggi dibuat di Itali dengan unsur warisan budaya negara yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Koleksi Oro Italia 916 ini melalui proses penyelidikan & pembangunan yang teliti menitikberatkan kualiti, hasil kerja tangan yang halus. Sejak itu koleksi ini telah menjadikan perhiasan yang mesti ada bagi setiap peminat barangan emas.

Kini, HABIB diterajui oleh Dato’ Sri Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB bersama isterinya, Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB dengan 30 bilik pameran bersama lebih 1,300 pekerja di bawah Kumpulan HABIB di seluruh negara, HABIB turut mempunyai program pelatih pengurusan (management trainee) yang tersendiri iaitu Graduate Excellence Management School (GEMS) yang mempertaruhkan bakat-bakat muda sebagai pelapis dalam peringkat pengurusan syarikat.

Setelah lebih enam dekad berlalu sebagai jenama warisan barangan kemas utama, HABIB kini masih rancak dalam melebarkan sayap peniagaan melalui pelbagai platfom dan medium.

Meskipun menerima saingan hebat daripada jenama barangan kemas tempatan dan antarabangsa, HABIB sentiasa terus mengutamakan pelanggan dalam segala urusan. Menyanjung tinggi slogan ‘Gift of Happiness’ yang membawa erti hadiah kebahagiaan, kepuasan dan kebahagiaan pelanggan adalah kunci utama HABIB.

Usaha berterusan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang berlaku ini telah mencetuskan gelombang digitalisasi. HABIB pantas meluaskan penawaran perkhidmatan ke arah platfom digital seperti melalui pelancaran e-store yang tersendiri di www.habibjewels.com. Tiada siapa yang menyangka kini orang ramai boleh membeli barangan kemas melalui atas talian dengan selamat dan penghantaran yang pantas.

HABIB terus berusaha untuk memberikan terbaik untuk pelanggannya. Setelah 63 tahun HABIB bertapak dalam perniagaannya, jenama ini kekal ikonik dan memberi inspirasi, dengan mengekalkan legasinya sebagai jenama barangan kemas pilihan rakyat Malaysia dengan rekaan yang sempurna serta perkhidmatan unggul yang ditawarkan.

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul!   Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut. Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an , anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain. Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Selain itu, sebagai wanita usia 30an , kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI ...