Skip to main content

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS ANJUR BENGKEL KULINARI UNTUK KANAK-KANAK KEBAJIKAN MENERUSI KEMPEN #NIUYOUNEWFORTUNE

Anchor Food Professionals 

Kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams akan berpeluang untuk menimba kemahiran kulinari dengan tunjuk ajar para Cef dari Anchor Food Professionals 

Mengendong azam permulaan baharu dan sebuah harapan yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina, Anchor Food Professionals bersama Yayasan Sunbeams akan menganjurkan sebuah bengkel kulinari.

Kanak-kanak yayasan tersebut berusia 14 hingga 17 tahun berpeluang melengkapi, menggalakkan serta memperkasakan diri mereka dengan kemahiran insani seperti memasak menerusi kempen #NiuYouNewFortune sempena musim perayaan ini.  

Artikel Lain: Jus Sihat Homemade

“Pembelajaran tidak semestinya mengambil tempat di bilik darjah sahaja – dan sempena Tahun Baharu Cina ini, kami ingin menjemput tuah dan peluang-peluang baharu dengan cara kami sendiri menerusi kempen #NiuYouNewFortune. Kami berharap kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya mereka pada masa akan datang. Yang pasti, bengkel ini dirumus khas untuk membawakan pengisian yang sarat dengan ilmu dan keseronokan bagi kanak-kanak ini,” sebut Peter Quah, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Anchor Food Professionals, Malaysia.

Anchor Food Professionals 

Sebagai sebuah jenama yang menilai kepentingan pelaburan dalam individu, Anchor Food Professionals ingin membantu membangunkan kemahiran yang dapat mencorak sebuah kerjaya yang bermakna bagi kanak-kanak ini pada masa akan datang.

Adalah penting bagi jenama ini untuk memastikan perkhidmatannya mencerminkan impak yang positif buat warga komuniti yang terhubung dengan mereka, sama ada melalui produk makanan mereka ataupun pelbagai aktiviti yang mereka jalankan.

“Kami percaya bahawa kami memiliki tanggungjawab untuk melengkapi warga komuniti dengan ilmu dan kemahiran pemakanan yang baik bagi membantu mereka memajukan diri dari suatu segi.Selain membekalkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran kulinari, mereka juga akan diajar tentang kepentingan pemakanan menerusi pilihan makanan mereka. Kami berharap menerusi aktiviti ini, kami bukan sahaja dapat menerapkan ilmu pengetahuan yang berharga tapi juga amalan pemakanan yang lebih baik dalam diri kanak-kanak ini,” tambah Quah.

Anchor Food Professionals 

Pendidikan dan pengetahuan menjadi semakin penting dewasa ini. Justeru, Anchor Food Professionals berharap menerusi aktiviti seperti ini, mereka dapat melahirkan sebuah generasi pakar industri makanan yang pada satu hari nanti dapat menjulang prinsip jenama ini yang berpaksikan pemakanan dan juga kesejahteraan.

Artikel Lain: Fernleaf Menyokong Usus Sihat

Bengkel tersebut, yang akan dijalankan dari Januari hingga April 2023 akan meliputi sesi dekorasi biskut, membuat pastri dan makanan panas seperti pasta dan sup, jadi mereka dapat mempelajari pelbagai teknik masakan di bawah penyeliaan cef-cef profesional.

Setelah kanak-kanak ini selesai menjalani bengkel tersebut, mereka akan menerima sijil penyertaan bagi mengiktiraf penglibatan mereka dalam program khas ini.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .