Skip to main content

PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTARABANGSA HABIB DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Barangan Kemas Habib

Pameran Barangan Kemas tempatan terulung di Malaysia, HABIB (dahulu Habib Jewels), mula mengorak langkah dengan melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa buat pertama kali yang menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka.Bertempat di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022, sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut.

Istimewanya pameran ini adalah jenama-jenama yang dipamerkan berada di satu lokasi sekaligus memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah untuk melihat pelbagai barangan berjenama termasuk aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit.

Barangan Kemas Pencetus Fesyen

Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Kita hidup dalam masa paling hebat dalam sejarah di mana kadar jenayah dan kemiskinan adalah yang paling rendah setakat ini.

Pada masa yang sama, pelbagai kemajuan telah dicapai termasuklah dari segi teknologi dan kesihatan. 

Selain itu, peniaga barangan kemas merupakan pencetus fesyen sesebuah negara dan Malaysia merupakan antara negara maju yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Oleh itu, bagi memenuhi permintaan masyarakat yang suka bergaya, kami bawakan jenama-jenama terbaik dunia dan menawarkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Dan, saya bangga untuk menyatakan bahawa jenama Malaysia kini setanding jenama antarabangsa dan pelanggan boleh mendapatkan semuanya di sini”.

Dato’ Sri Meer mengambil langkah ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan potensi perniagaan yang lebih meluas dalam industri barang kemas dan fesyen.

Antara jenama dipamerkan adalah HABIB, Hearts On Fire®, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch.

Semenjak mula beroperasi pada tahun 1958, HABIB telah melalui banyak perubahan untuk menjadi sebuah jenama yang terkenal dengan menghasilkan produk berkelas dunia.

Pameran ini juga menyaksikan satu pencapaian bagi HABIB sebagai sebuah jenama tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa.

Barangan Kemas Habib

Koleksi Eksklusif Yang Terkenal

Acara kemuncak pada pelancaran ini adalah pertunjukan fesyen dari semua jenama di bawah naungan HABIB Group dengan menampilkan barisan peragawati yang mewakili negara asal jenama-jenama tersebut.

Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan koleksi eksklusif yang terkenal daripada HABIB iaitu Oro Italia 916® serta barangan berlian dan batu permata.

Bermula sebagai sebuah jenama yang kecil, kini HABIB Group telah berkembang bukan sahaja menerusi jenama barangan tersendiri, tetapi reputasi HABIB yang dipercayai ini juga telah menyumbang kepada kerjasama dengan beberapa jenama terkenal antarabangsa sebagai pengedar eksklusif di seluruh Malaysia.

Sebagai peneraju kepada jenama barangan kemas tempatan, HABIB Group sentiasa ingin memberikan kelainan kepada peminatnya disamping menjaga kualiti barangan setiap jenama dengan harga yang mampu milik.

Antara Koleksi Jenama Naungan Habib Group

Bermula dengan perniagaan barangan kemas berlian dan batu permata, HABIB merupakan jenama tempatan yang mementingkan sentuhan warisan dalam setiap rekaan mereka.

Jenama ini semakin dikenali ramai dengan rekaan baharu yang memenuhi cita rasa setiap lapisan generasi.

Koleksi-koleksi yang ditawarkan termasuk barangan kemas bertatahkan berlian, batu permata, mutiara, emas 916, Oro Italia 916® dan emas 999 untuk pelaburan seperti jongkong emas dan syiling wafer emas.

Barangan Kemas Habib
Korloff menawarkan pelbagai seleksi barang kemas, jam tangan mewah, wangian, ‘cufflink’ serta pen premium

KORLOFF

Jenama dari Paris ini telah berkolaborasi secara eksklusif dengan HABIB sejak awal tahun 2022. Keunikan Korloff yang terkenal dengan legenda batu berlian hitam yang menyimpan pelbagai kisah semenjak awal kurun ke-20 sehingga kini.

Ia tidak hanya menawarkan pelbagai seleksi barangan kemas, malah mereka turut menawarkan koleksi jam tangan mewah, wangi-wangian eksklusif, ‘cufflink’ serta pen yang premium.

Barangan Kemas Habib
“Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia”-Hearts On Fire

HEARTS ON FIRE®

Ia merupakan jenama antarabangsa dari Amerika Syarikat yang pertama untuk bernaung di bawah HABIB Group dan hanya boleh didapati di bilik pameran HABIB.

Terkenal dengan slogan ‘Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia’, setiap berlian yang hasilkan mempunyai kilauan yang memukau menerusi cara potongan berlian yang dihasilkan oleh teknik-teknik yang khas.

Barangan Kemas habib
Stephen Webster menampilkan barang kemas kontemporari dari London

STEPHEN WEBSTER

Berinspirasikan artistik dan inovatif, jenama ini menawarkan barang kemas kontemporari dari London dengan cita rasa ketukangan tradisional yang unggul dan disegani dalam pertukangan British.

Koleksi-koleksi jenama ini dihasilkan dengan sentuhan peribadi perekanya, Stephen Webster, menerusi pendekatan yang unik. Jenama ini juga hanya boleh didapati di bilik pameran HABIB di seluruh Malaysia.

Pameran Habib
Lebih 30 buah butik Pandora di Malaysia

PANDORA

Pandora lebih dikenali sebagai barangan kemas yang melambangkan ekspresi diri dan meraikan sesuatu peristiwa dalam kehidupan.

Setiap charm yang direka mempunyai jalan penceritaan tersendiri kepada penggunanya menerusi gaya yang ditonjolkan. Kini, Pandora telah memiliki lebih 30 butik di Malaysia.

Artikel Lain: Cara Download Gambar Berkualiti Tinggi

Pameran Habib
Tous turut menawarkan aksesori, minyak wangi, beg kulit dan skarf

TOUS

Jenama Sepanyol ini sudah bertapak lebih dari 50 negara dan mempunyai 700 butik serata dunia.

Selain menawarkan barangan aksesori, jenama ini turut membawa barisan produk seperti minyak wangi, beg kulit, dan juga skarf. 

Setiap rekaan ini lebih menonjol kepada golongan muda yang menyukai tren yang terkini.

Pameran Habib
Jam tangan Ice Watch tampil dengan rekaan yang sangat ikonik

ICE WATCH

Ice Watch merupakan jenama jam tangan yang mempunyai rekaan sangat ikonik dengan warna yang terang dan menarik.

Berasal dari Belgian, koleksi jam tangan ini amat terkenal dalam golongan kanak-kanak dan remaja. Malah, koleksi-koleksi terbaru mereka juga banyak menampilkan sisi lain jenama ini yang lebih menonjol kepada golongan lelaki dan wanita secara umum.

Pameran Habib
Koleksi Oro Italia 916 memberikan kelaianan buat pencinta emas

ORO ITALIA 916®

Membawa kepakaran dan teknologi dari Itali khusus untuk HABIB, koleksi ini telah memberikan kelainan kepada pencinta emas menerusi pelbagai warna termasuklah emas kuning, ros dan putih.

Rekaan-rekaan ini mendapat sentuhan kemasan yang unik pada setiap satunya seperti ‘high-polish’, potongan berlian dan juga ‘Cataphoresis Lacquer’.

MENANGI HADIAH BERNILAI RM10,000

Sepanjang pameran ini berlangsung, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dengan menyertai peraduan media sosial yang diadakan.

Buat mereka yang berada di kawasan yang jauh, boleh kunjungi bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk mendapatkan koleksi barangan kemas Habib terbaru. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di @habibjewelsoffical

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .