Skip to main content

KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA

Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas.

Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’ seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal.

Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata:

Kenali jenis batu permata dan warna yang ada 

Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang merupakan antara batu permata dalam kumpulan ‘Beryl’ selain daripada permata aquamarin biru dan morganit merah jambu. Ia pertama kali dijumpai di Mesir dan dikatakan menjadi batu permata kesukaan Ratu Cleopatra.

Batu permata dari kumpulan batu permata berharga atau dikenali sebagai ‘precious stone’, zamrud mempunyai kekerasan setinggi 7.5 ke 8 mengikut skala Mohs dan ianya hanya boleh ditemui di beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan Afganistan. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan permata zamrud, ianya memerlukan persekitaran dan mineral yang tertentu di dalam tanah.

Bagi batu permata delima dan safir, ianya tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu korundum serta mempunyai kekerasan pada skala 9 menurut skala Mohs. Istimewanya kumpulan ini, ia juga boleh didapati dalam hampir semua warna seperti merah, ungu dan biru.

Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Warna menjadi satu faktor utama dalam pemilihan permata semulajadi ini. Namun, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang mempunyai minat yang berbeza.

Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama-nama batu permata yang dijual serta warna batu tersebut. Jangan terkejut jika terdapat dua batu permata yang mempunyai warna yang sama namun dari kategori batu yang berbeza ataupun sebaliknya.

Penilaian batu permata menggunakan mata kasar adalah agak sukar, malah kita memerlukan peralatan khas untuk membezakan setiap jenis batu permata yang ada di pasaran. Oleh itu, barangan kemas seperti ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan dipercayai untuk mengelakkan penipuan.

Cincin HABIB bertatahkan batu permata Zamrud

Dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zircon biru, safir biru dan topaz biru

Anggaran bajet

Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan 4Cs (Color = Warna, Clarity = Kejernihan, Carat = Karat, Cut = Potongan). Semakin sempurna keempat-empat ciri tersebut, semakin tinggi harga yang ditawarkan di pasaran. Di HABIB, barangan kemas bertatahkan permata ditawarkan bermula serendah RM 300 dan mampu milik.

HABIB juga menawarkan barangan kemas batu permata pada harga yang eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah. Sebagai contoh, jika anda menggemari batu permata berwarna hijau, dengan bajet yang terhad anda boleh memilih batu turmalin hijau bagi menghiasi barangan kemas anda selain daripada batu zamrud kerana harganya jauh lebih berpatutan dan mampu milik. 

Tujuan membeli

Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas yang dibeli adalah bersesuaian untuk digayakan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli barangan kemas batu permata untuk dipakai harian, mungkin rekaan itu perlu lebih ringkas dan minimalis berbanding jika hendak digayakan ke acara-acara tertentu. Bagi acara-acara istimewa, anda boleh mendapatkan barangan kemas batu permata dengan rekaan yang lebih menonjol bagi menyerlahkan penampilan anda.

Ketahui tips penjagaan yang betul

Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum membeli sebarang barangan kemas bertatahkan batu permata, anda harus mengetahui bagaimana kecantikan dan kesempurnaan batu permata itu boleh dikekalkan. Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

Batu permata tidak boleh disimpan bersama batu permata yang mempunyai   kekerasan lebih rendah atau tinggi (mengikut skala Mohs) bagi mengelakkan batu permata calar dan bergesel antara satu sama lain.

Untuk mencuci barangan kemas permata anda, hanya gunakan berus lembut dan air sabun yang suam.

Hanya menggunakan pencuci ultrasonik dan pencucian steam pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar untuk mengekalkan kesempurnaan batu permata. Jika pencuci ultrasonik digunakan pada zamrud atau peridot, perubahan haba akan menyebabkan batu permata mengalami keretakan dan rosak.

Simpan dalam bekas yang bersesuaian. Elakkan menyimpan batu permata di dalam beg plastik kerana plastik boleh menghasilkan kimia yang merosakkan permukaan permata.

Jika hendak memakai wangi-wangian, semburan rambut, losyen dan sebarang krim yang mempunyai bahan-bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas.

Buat mereka yang menggemari barangan kemas bertatahkan batu permata, Festival Batu Permata adalah waktu yang tepat untuk anda mendapatkan pelbagai rekaan barangan kemas yang pastinya menepati citarasa anda.

Festival Batu Permata berlangsung bermula 14 Julai 2022 di seluruh bilik pameran HABIB sehingga 31 Ogos 2022. Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Festival Batu Permata, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com atau ikuti HABIB di media sosial Instagram dan Facebook @HABIB.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...