Skip to main content

WAH, PAGOH DAN MUAR PUN BANYAK TEMPAT PERCUTIAN MENARIK!

Anda mungkin selalu ke Johor khususnya Johor Bahru, tapi tahukah anda bahawa daerah Pagoh dan Muar juga sebenarnya banyak juga tempat percutian menarik yang boleh dikunjungi.

 

Misi penjelajahan tempat percutian menarik bersama Colours of Lives Travelogue Malaysia ke bahagian Utara Johor diteruskan ke daerah Pagoh dan Muar. Destinasi pertama kami adalah ke Nasuha Herbs And Spices atau dikenali Ladang Herba Nasuha.

 

Tempat Percutian Menarik Semestinya Ladang Herba Nasuha 

Di sini terdapat pelbagai jenis herba terbaik dengan keluasan tanah seluas 3,200 ekar. Apa yang mengagumkan, ia merupakan ladang herba dan rempah terbesar di Asia.

tempat percutian menarik

tempat percutian menarik

tempat percutian menarik

Selain berpeluang melawat ladang herba yang telah dikomersialkan, kami juga dibawa meninjau ke tempat penginapan di ‘cabin lodge’ dan ‘dorm’ yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan herba serta resort spa.

tempat percutian menarik

tempat percutian menarik

tempat percutian menarik

Bukan itu sahaja, kami turut dijamu menikmati makan tengahari di Restoran Herba Nasuha yang mana hiasan dalamannya unik berkonsepkan alam semulajadi.

tempat percutian menarik

Selain menyediakan menu nasi beriani ayam dan kambing, supnya juga dimasak dengan campuran pelbagai jenis herba segar terbaik dari Ladang Herba Nasuha. Begitu juga dengan setiap teh yang dihidangkan, semuanya punya kebaikan dan khasiat tersendiri.

tempat percutian menarik

tempat percutian menarik

Pelbagai daya tarikan dan kemudahan yang terdapat di sini untuk aktiviti keluarga dan juga program motivasi, termasuklah tempat penginapan dan dewan seminar.

tempat percutian menarik

Ternyata ladang yang berkonsepkan agro-tourism ini memberikan kita peluang untuk mengenali pelbagai jenis herba dan rempah ratus yang mungkin selama ini tidak pernah kita ketahui.

tempat percutian menarik

tempat percutian menarik

Alamat: Nasuha Herbs & Spice Farm, Jalan Muar, 84500 Muar, Johor.

Get directions

Facebook NasuhaHerbs

 

Menikmati Kedamaian Di Dataran Tanjung Emas & Muar River Cruise

Sebelum menikmati pemandangan menarik di sepanjang muara Sungai Muar dengan menaiki Muar River Cruise, kami terlebih dahulu bersiar-siar di sekitar Dataran Tanjung Emas.

Perjalanan yang memakan masa setengah jam atau 30 minit, sewaktu menaiki Muar River Cruise terasa begitu cepat. Hati seakan masih belum puas untuk menikmati keindahan pemandangan  di sepanjang muara Sungai Muar hingga ke Sabak Aur, dan berpatah semula ke Jeti Tanjung Emas.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Dataran ini terletak di Muara Sungai Muar yang mana persekitaran taman riadah ini nyaman dan bersih. Lanskapnya pun cantik, memang seronok untuk aktiviti santai bersama keluarga. Tambahan pula terdapat pelbagai kemudahan awam dan juga peralatan beriadah serta taman permainan kanak-kanak.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Perjalanan yang memakan masa setengah jam atau 30 minit, sewaktu menaiki Muar River Cruise terasa begitu cepat. Hati seakan masih belum puas untuk menikmati keindahan pemandangan  di sepanjang muara Sungai Muar hingga ke Sabak Aur, dan berpatah semula ke Jeti Tanjung Emas.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

 

Tempat Percutian Menarik

 

Sepanjang laluan, kita akan diberikan sedikit penerangan berkaitan sejara, melibatkan pemandangan yang dilihat sewaktu menyusuri muara sungai tersebut. Terdapat banyak bangunan lama, antaranya Masjid Jamek Sultan Ibrahim dan pelbagai lagi.

Tempat Percutian Menarik

Bagi yang berminat untuk menaiki Muar River Cruise dan menikmati keindahan pemandangan tersebut serta mengetahui serba sedikit tentang sejarah keunikan bandar Muar, jangan lepaskan kesempatan yang ada apabila sudah menjejakkan kaki di sini.

Tempat Percutian Menarik

Perkhidmatan Muar River Cruise bermula beroperasi pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang, pada setiap hari kecuali hari Rabu (tutup).Harga satu perjalanan (pergi-balik) untuk dewasa adalah RM12, kanak-kanak RM6 dan tambang RM15 pula dikenakan buat warga asing.

Facebook MuarRiverCruise

 

Restoran Muar Historia Rabbit Home Kaya Nilai Sejarah

Sewaktu melangkah masuk ke Restoran Muar Historia Rabbit Home ini, hati terpegun. Bukan setakat enak menikmati pelbagai jenis makanan yang dihidangkan. Bahkan turut terpesona dengan hiasan dalaman berkonsepkan geleri atau muzium sejarah Muar yang diketengahkan oleh pemiliknya Encik James Teo Peng Heng ini.

Tempat Percutian Menarik

Terlalu unik, terlalu tinggi nilai khazanah yang cuba disingkapnya. Banyak sejarah dan fakta tentang bandar Muar, termasuklah juga sejarah empayar Kesultanan Melaka. Di samping itu, lukisan-lukisan sejarah yang terpampang di dinding kafe itu merupakan hasil lukisan tangan James sendiri yang sememangya pencinta sejarah.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Antara menu yang terdapat di sini, adalah Laksa Muar, Mee Siput, Lontong Ketupat, Rojak Muar, Fried Fish Paste Fu Chuk ,Otak-Otak dan hidangan paling istimewa di situ ialah Nasi Goreng Kampung Diraja.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Andai kata anda berada di bahagian utara Johor, khususnya di daerah Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja ini, jangan teragak-agak untuk singgah menjamu di sini Dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Apatah lagi Restoran Muar Historia Rabbit Home turut menyajikan 1001 kisah sejarah yang tak luput ditelan zaman!

 

Alamat : No 69, Jalan Sisi , 84000 Muar , Johor , Malaysia

Facebook  RabbitHomeRestaurant

 

Mengulit Mimpi Indah Di PPT Muar & Container Hotel 

Unik dan kreatif! Binaan kontena yang telah diubahsuai menjadi sebuah tempat penginapan atau hotel membuatkan hati begitu teruja untuk bermalam di sini.

 

Menikmati kelainan dengan bermalam di Hotel Kontena ini merupakan satu pengalaman baru bagi sesiapa sahaja yang tidak pernah mengulit mimpi indah di dalam sebuah kontena!

 

PPT Muar Hotel dan Hotel Kotena Muar atau Container Hotel Muar ini terletak bersebelahan dalam satu kawasan yang sama dan kedua-duanya di bawah pengurusan hotel yang sama. Jika mahu menginap di sini, anda sememangnya perlu berurusan dengan pihak PPT Muar Hotel terlebih dahulu.

 

Sesiapa sahaja pasti tertarik untuk bermalam di sini. Tambahan pula, daripada luar lagi mata kita sudah disajikan dengan persekitaran yang kemas, bersih dan menarik.

Tempat Percutian Menarik

Bilik-bilik yang merupakan kontena ini disusun dengan sistemetik dan kemas.Konsep minimalisnya juga sangat unik. Begitu juga dengan pandangan atas bumbung di dalam Hotel Kontena ini. Ia dihiasi dengan lukisan awan yang cukup mendamaikan.

 

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Terdapat tangga utama untuk menghubungkan setiap satu tingkatnya.Tangga di tingkat 2 dan 3 pula bercabang ke kiri dan kanan bahagian Hotel Kontena.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Bila malam, cantik sangat. Persekitannya nampak meriah, penuh warna warni. Pencahayaan yang tepat inilah yang menghasilkan suasana malam di Hotel Kontena  menjadi lebih indah.

Tempat Percutian Menarik

Terdapat pelbagai jenis kontena dalam hotel ini, semuanya ada 41 buah bilik yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Enam jenis bilik tersebut ialah single room, standard master, deluxe superior,classic room, family room dan executive suite.

Tempat Percutian Menarik

Tempat Percutian Menarik

Semua bilik menjanjikan keselesaan dan anda pasti dapat beradu dengan lena biarpun di dalam sebuah kontena!

 

Alamat : No. 41-3 Jalan Bakri , 80400 Muar, Johor

Facebook PPTMuar&ContainerHotel

Laman web : pptmuarhotel.gbs2u.com

 

Lawatan hari kedua tempat percutian menarik di Pagoh dan Muar sudah berakhir, kita sambung lagi perjalanan hari ketiga, Colours of Lives Travelogue Malaysia di catatan akan datang. Jumpa lagi!

 

BACA: JOHOR DESTINASI KEDUA SIRI JELAJAH TRAVELOGUE MALAYSIA

 

Kredit:

Colours of Lives Travelogue Malaysia dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia. Manakala 123mamanet.com sebagai rakan media. Terima kasih juga kepada Tourisme Malaysia Johor.

Terima kasih kepada para penaja Colours of Lives Travelogue Malaysia – Johor (Utara),Kereta Sewa Gombak- Yushaz Car Rental,Kaseh HQ, Avox Streetwear,Marini Naturale  Magic dan 888tea.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...