Skip to main content

AYUH, BELAJAR MENGHARGAI WAKTU YANG MASIH DIMILIKI

Menghargai waktu! Belajarlah hargai waktu yang masih dimiliki kerana ia cukup berharga dalam kehidupan kita. Waktu akan terus berputar dan waktu yang telah berlalu pergi tidak boleh diulang kembali!

Jadi, sebab itulah waktu adalah perkara yang paling berharga dan perlu kita jaga dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Kita tidak pernah tahu sampai bila kita akan hidup di dunia ini. Kita juga tidak boleh memastikan bahawa kita akan dapat hidup sampai ke tua nanti. Bila-bila sahaja kematian boleh menjemput kita!

Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan supaya kita lebih hargai waktu yang masih kita miliki:

1. Bangun Lebih Awal

Bangun lebih awal atau pagi pada setiap hari sangat penting. Jika alarm sudah berdering-dering, jangan sesekali mematikannya dan kembali menarik selimut.Anda pasti akan terlambat nanti!

 Jika terlewat bangun sudah pasti kita akan jadi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

 Mood kita juga turut akan berubah, sehingga anda menjadi kurang efektif  dan boleh moody sepanjang hari.

 2. Kurangkan Browsing Internet dan Berchatting

Cubalah kurangkan kebiasaan kita yang lebih banyak menghabiskan waktu dengan melayari internet dan juga berchatting atau sekadar bermain game di telefon bagi urusan yang tidak penting.

Sebaliknya cubalah hargai waktu yang kita miliki itu dengan melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan bermanfaat.

 Jika kita menolak diri kita daripada menghabiskan waktu pada gajet, kita tentunya dapat menyimpan lebih banyak waktu  dengan melakukan perkara-perka yang lebih bagus.

 3. Isi Waktu Lapang Sebaiknya

Isikan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti positif. Waktu terluang di rumah sebaiknya dimanfaatkan untuk menambah pengetahuan, memperluaskan wawasan ataupun bersantai bersama keluarga tersayang.

Hargai waktu bersama mereka agar hidup kita menjadi jauh lebih bermakna dan bukan sekadar mengejar material dunia semata-mata. Saat-saat indah bersama insan-insan yang kita sayangi tidak boleh dibeli dengan duit sebanyak mana pun!

 4. Rehat Secukupnya 

Istirahat yang paling bagus adalah tidur, kerana ia dapat mengembalikan ataupun memulihkan stamina tubuh yang kepenatan setelah bekerja/belajar.

Elakkan berjaga sehingga lewat malam. Kebiasaan ini akan mengurangkan energi butuh sehingga kita mengalami kelesuan ketika di tempat kerja/kampus.

5. Menghargai Waktu Beribadah

Di mana-mana sahaja kita berada, sekalipun dihambat dengan rutin kesibukan, namun ibadah wajib iaitu solat 5 waktu janganlah kita lupakan.

Waktu itu perlu kita digunakan dengan beramal soleh supaya tidak datang penyesalan di kemudian hari. Setiap sedutan dan desahan nafas kita di dunia ini merupakan satu langkah menuju ke kubur.

Janganlah terlena lagi dan membuang waktu dengan perkara-perkara yang tak berguna.

 Jadi, marilah kita mempergunakan waktu yang masih tersisa dalam hidup kita dengan sebaik-baiknya. Lagipun kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok. Adakah masih ada waktu untuk kita hidup?

Jadi sentiasalah menghargai waktu  dan mensyukurinya selagi kita masih bernyawa!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .