Skip to main content

Bos Jahat, Ini Petandanya!

Bos jahat? Seorang kenalan memberitahu bahawa dia mendapat layanan yang buruk daripada bosnya. Dia berasa sangat kecewa dengan situasi di ofisnya sekarang.

Adakah anda turut berhadapan dengan bos jahat yang menjatuhkan semangat anda untuk bekerja keras? Perhati dan ketahui tanda-tandanya!

Bayangkan anda memasuki sebuah bilik dan di dalamnya ada Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Yvonne Chia. Apa reaksi anda? Ketiga-tiga mereka mempunyai persamaan iaitu tokoh korporat tersohor dalam industri masing-masing.
Anda tentu teruja untuk bersemuka dengan mereka, bukan? Berada di bawah pimpinan bos yang berkarisma akan membuat anda berasa yakin dan bersemangat membara.
Ironinya, bukan semua bos itu mampu menaikkan semangat staf. Bahkan tidak kurang  yang meruntuhkan motivasi dan enthusiasm  staf, lantaran sikap mereka yang tidak matang dan tidak professional.

bos jahat

Di ofis kita mungkin ada ramai pengarah dan pengurus. Daripada yang kanan sampailah yang tercorot, semua pandai mengarah tetapi tidak mampu membantu staf mencapai matlamat dalam kerjaya.
Ada bos gemar bertindak lebih sudu dari kuah mengalahkan tuan punya syarikat. Lebih dahsyat kalau kesemuanya sekepala dan membentuk satu barisan team pengurusan yang SEBAL (syok sendiri, ego dan bebal).

bos jahat

10 TANDA BOS JAHAT SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM SEBUAH ARTIKEL DI LIFEHACK.COM:

  1. Telinga mereka sentiasa tertutup. Mereka tidak gemar mendengar apa yang staf fikirkan dan menyangka idea-idea yang paling bijak hanya datang daripada mereka. Mereka lebih suka staf tutup mulut dan ikut sahaja arahan mereka.
  2. Jarang berkongsi ilmu berharga dengan staf kerana takut staf lebih pandai dan menggugat tempat mereka. Mereka tidak yakin dengan kepimpinan mereka. Apabila ada staf mampu melakukan kerja dengan lebih baik, mereka mudah berasa terancam.
  3. Gemar mengambil kredit atas kerja staf mereka. Mereka jarang mengiktiraf pencapaian staf di depan khalayak. Jika team mereka mencapai prestasi cemerlang, merekalah orang pertama yang berdiri dan memberitahu mengenai sumbangan mereka dalam projek berkenaan dan bagaimana kepimpinan mereka berjaya mencetuskan kejayaan itu.
  4. Tindakan dan kata-kata mereka tidak konsisten. Walaupun mereka menetapkan peraturan ketat untuk team, mereka pula sewenang-wenangnya ada pengecualian. Mereka sentiasa berkeras pada orang lain tetapi tidak pada diri sendiri (barisan pengurusan). Hal ini membuatkan team berasa keliru dan tidak tahu apakah standard yang patut mereka ikuti.
  5. Tidak peduli tentang perkembangan kerjaya staf. Mereka hanya mahu tahu sama ada staf boleh menyelesaikan kerja tepat pada masa. Mereka hanya menumpukan faedah jangka pendek dan tidak sedar bahawa perkembangan staf boleh menambah nilai kepada team dalam jangka masa panjang.
  6. Gagal mewujudkan persekitaran kerja yang menyenangkan. Mereka hanya mahu team bekerja seperti robot siang dan malam. Mereka tidak menyedari kepentingan meningkatkan ikatan perhubungan antara rakan sepasukan (yang lahir daripada perasan hormat). Akhirnya, semua orang di tempat kerja bersikap acuh tak acuh dan suasana kerja menjadi tidak dinamik. Team akan hilang motivasi kerana hal seumpanan ini.
  7. Kurang simpati. Kerap menyalahkan orang bawahan apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini. Mereka lupa bahawa staf juga manusia yang tidak lari daripada kesilapan. (Ketua jenis ini sering menjejaskan masa depan dan reputasi staf.)
  8. Tidak menggalakkan komunikasi terbuka. Komunikasi antara mereka dan team sentiasa sehala. Mereka bagaikan guru dengan pelajar. Tidak boleh komplen. Apabila ada yang tidak kena di tempat kerja, mereka akan meminta orang lain selesaikan masalah untuk mereka.
  9. Mahu orang lain berfikir bahawa mereka adalah yang paling bijak dalam team. Mereka sentiasa menunjukkan bahawa mereka tahu semua hal. Tidak suka jika ada staf yang mengajar mereka. Hello bos! Usah cop staf anda ‘bodoh’ ya. Siapa tahu, idea yang anda tolak itu mungkin bernilai RM1 juta.stress di tempat kerja

BAGAIMANA MAHU MEWUJUDKAN SUASANA OFIS YANG SIHAT?

Ofis yang cantik sahaja tidak cukup. Sikap dan hati bos yang baik adalah lebih utama. Buang sikap prasangka, cemburu dan dendam pada staf.
Kadang-kala bos mudah sangat cemburu dan buruk sangka pada staf. Biarlah staf ada beg atau kasut yang lebih cantik dan mahal. Biarlah staf ada rumah dan kereta yang lebih besar. Biarlah staf pakai apa sahaja pakaian, berkawan atau makan dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Itu hak peribadi mereka! Sila hormati!
stress di tempat kerja

Selagi staf tidak menyalahi peraturan dan tidak merugikan syarikat, bos tidak ada hak untuk campur tangan. Biarkan pekerja bekerja dengan bebas dan mengikut kreativiti masing-masing. Tugas bos ialah memimpin staf dengan pemantauan yang minimum.

Jika staf ada masalah peribadi dan mahu berkongsi dengan bos, lakukannya atas sifat kemanusiaan dan persahabatan. Simpan rahsianya dan jangan dilelong di dalam mesyuarat pengurusan. Jika ini berlaku, maka mesyuarat akan jadi saling tidak tumpah seperti pasar borong.

Artikel Lain: Tips Usus Sihat

stress di tempat kerja
Kerja utama bos ialah mengenai urusan ofis dan bisnes. Bos mestilah bijak menyelesai masalah. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Paling penting bos mesti tahu bawa untung atau setidak-tidaknya mengurangkan kerugian bukannya menjadi primadona dalam politik ofis! Bos jahat ibarat tin kosong yang merugikan syarikat!
Anda Mungkin Ingin Tahu Mengenai Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Tukar Kerja

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...