Skip to main content

7 TIPS BELI BAJU BARU SUPAYA TAK MEMBAZIR DUIT

Ada banyak cara untuk lebih berjimat ketika membeli belah terutama bab memborong pakain. Jadi, baca tips beli baju baru ini supaya kita tak membazir duit.

Kita pasti pernah mengalami masalah bingung ketika mahu memilih pakaian atau terpaksa membeli sehelai baju yang tak sesuai dengan bentuk badan kita sehingga akhirnya baju tersebut terperap di dalam almari selamanya.

  • Baca juga tips fesyen orang gemuk nampak kurus.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BERIKUT 7 TIPS BELI BAJU YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN SUPAYA KITA JIMAT DAN TIDAK MEMBAZIR DUIT:

  1.  THINK OUT OF THE BOX

Kita mungkin terus menuju ke bahagian pakaian wanita setiap kali berbelanja di pusat membeli belah. Sebaiknya kita tidak hadkan diri kita untuk ke satu bahagian sahaja.

Kadang-kadang ada pakaian atau baju yang sesuai dengan kita di bahagian pakaian lelaki. Bahkan jika bentuk badan kita kecil, kita boleh jumpa banyak T-shirt cantik dan unik yang sesuai digunakan sebagai dalaman blazer.

  1. KENA CUBA

Tips beli baju baru dengan lebih jimat yang seterusnya adalah meskipun kita tergesa-gesa atau rasa malas untuk masuk ke fitting room , tetapi kita perlu usahakan untuk mencuba pakaian yang ingin dibeli terlebih dahulu. Terutama bagi kita yang berbadan besar.

Kecualilah kedai tersebut membenarkan kita menukar barang berbeza ukuran, jadi bolehlah kita mencubanya di rumah. Jika tidak muat atau sesuai, boleh sahaja kita menukarnya kembali.

  1. MATERIAL YANG BERKUALITI

Bagi pakaian yang menjadi tunjang penampilan kita seperti blazer hitam, kemeja putih, seluar berpotongan lurus atau skirt berpotongan pensil, kita kena lebih berhati-hati ketika membelinya.

sebaiknya pilihlah yang diperbuat dari bahan berkualiti dan elok jatuhnya di badan kita.Material yang berkualiti mungkin sedikit mahal, tetapi akan lebih tahan lama dan cantik.

  1. JANGAN TERPEDAYA DENGAN HARGA DISKAUN

Kita memang perlu lebih berhati-hati dengan godaan baju-baju yang ada diskaun ini. Walaupun murah harganya, itu bukan bermakna kita borong sakan. Kalau perlu sehelai, belilah sehelai saja.

Ingat ya, kita boleh menyimpan duit tersebut sehinggalah kita mampu membeli baju yang cantik dan spesifik sesuai dengan kehendak dan keperluan kita.

  1. CARI IDEA INSPIRASI

Ingin tampil dengan imej baru di pejabat? Sebaiknya jangan main pakai beli sahaja, sebaliknya cubalah mencari idea atau inspirasi fesyen di blog-blog fesyen, dan sebagainya tips beli baju

Jika memang tak ada yang sesuai, kita boleh memikirkan cara untuk memadankan pakaian yang ingin dibeli dengan pakaian yang sedia ada di dalam almari.

  1. ELAKKAN MEMBELI PAKAIAN YANG WAJIB DRY CLEAN

Kita hanya akan menghabiskan banyak duit semata-mata untuk membeli pakaian daripada material sutera yang hanya boleh di dry clean.

Bahkan supaya warna baju tidak cepat pudar, ramai juga yang suka melakukan dry clean pada baju kesayangan.

Jika ingin lebih berjimat, tips beli baju baru menyarankan agar anda tidak melakukannya dengan kerap. Adalah lebih baik jika kita dry clean sahaja pakaian yang perlu dicuci dengan teknik tersebut.

7. BANDINGKAN HARGA DI BEBERAPA OUTLET DAHULU SEBELUM MEMBELI

Lumrah wanita kalau membeli belah, pasti akan merayau satu pusat beli belah. Mereka suka bandingkan harga dan rekaan serta material. Namun, ada yang malas dan akan terus membeli mana yang berkenan.

Sebaiknya bandingkan harga di beberapa kedai berhampiran terlebih dahulu. Mungkin ada kedai yang jual baju yang sama tetapi dengan harga yang berbeza atau memberi diskaun.

Anda boleh buat survey secara online juga kerana sesetengah outlet ada website sendiri. Bahkan jika anda bijak, anda boleh dapat baju yang sama dengan harga lebih murah jika anda beli secara online.

Itulah 7 tips beli baju baru dengan lebih jimat yang perlu diketahui serta dipraktikkan ketika membeli-belah pakaian. Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .