Skip to main content

RESEPI KURMA DAGING UNTUK JUADAH PUASA

SUKA MAKAN GULAI KURMA DAGING YANG DIGANDINGKAN DENGAN UBI KENTANG? KALAU “YA”, JOM SEMAK RESEPI KURMA DAGING YANG PALING MUDAH UNTUK DIMASAK INI.

 

Gulai kurma daging ini boleh dijadikan salah satu menu masakan untuk berbuka puasa ataupun menu untuk merayakan Hari Raya nanti.

 

Keunikan rasa melekat pada Resepi Kurma Daging yang dikongsikan ini. Masakan ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu makan tengahari ataupun malam.

resepi kurma daging

RESEPI KURMA DAGING

BAHAN-BAHAN:

½ kilo daging lembu tanpa lemak (dipotong kiub atau hiris lebih kurang seinci)

6 biji bawang merah (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

1sm halia (dikisar)

1 sm lengkus (dikisar)

500 ml santan

1 peket rempah kurma

1 helai daun kunyit

2 batang serai (diketuk-ketuk)

2 helai daun salam

2 keping asam kandis

2 biji bawang besar dikerat empat

4 biji cili merah dan hijau dibelah.

Garam secukupnya

Serbuk perasa secukupnya

1 sudu kecil kicap manis

2 biji kentang (potong ikut suka)

Minyak untuk menumis

 

Resepi Daging Kurma

CARA MEMASAK:

Cuci bersih daging lembu. Boleh gunakan air perahan asam jawa, limau nipis atau basuh dengan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir daging tersebut.

 

Kemudian daging tersebut direbus terlebih dahulu supaya lebih empuk. Ketepikan.

 

 

Setelah itu panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, jintan putih dan serai.

Resepi Daging Kurma

Kemudian masukkan bawang merah, halia, bawang putih dan lengkuas yang sudah dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.

 

Masukkan pula rempah kurma yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai ke semua bahan tumisan berbau wangi.

 

 

Masukkan pula serai, daun kunyit dan daun salam dan bawang besar. Jika kering atau pekat, tambahlah dengan sedikit air.

Resepi Daging Kurma

Setelah itu, masukkan pula daging dan kentang. Kacau sampai daging tersebut berbaur sebati dengan bahan-bahan penumis tadi. Tutup seketika, supaya daging dan bahan-bahan tadi lebih sebati.

 

Kemudian tuangkan santan. Kacau sampai mendidih agar santan tersebut tidak pecah.

 

Masak sampai daging tersebut semakin empuk, santan menyusut dan sedikit pekat. Masukkan kicap manis, serbuk perasa, garam, asam kandis dan serbuk lada sulah.

 

Masak seketika dengan api yang kecil dan rasalah kesedapannya. Bila sudah cukup rasanya, padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba Resepi Kurma Daging yang sangat nikmat ini.

Foto: Carian Internet

 

 

 

  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...