Skip to main content

BARANGAN BTS ANTARA KATA KUNCI PALING KERAP DICARI OLEH RAKYAT MALAYSIA DI CAROUSELL

Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, Kumpulan Carousell, platform peneraju berbilang kategori bagi barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, menerbitkan laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell (Edisi Ulang Tahun Ke-10) yang mendedahkan impak kemampanan yang telah dicapai oleh komuniti kolektifnya dengan membeli dan menjual barangan terpakai.

Sepanjang sedekad yang lalu, daripada data yang diterima dari pengguna, Kumpulan Carousell telah melanjutkan kitaran hayat berjuta barangan. Barangan tersebut termasuk 76.8 juta dalam kategori Fesyen, 33.9 juta dalam kategori Elektronik; 26.6 juta dalam kategori Hobi & Mainan; 11.1 juta dalam kategori Rumah & Perabot; dan

Di Malaysia, Kumpulan Carousell merupakan perintis utama dalam industri perdagangan semula. Ini terbukti melalui 46% responden kajian di negara ini menyatakan mereka membeli dan menjual barangan terpakai di platform tersebut. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang impak Kumpulan Carousell, dengan andaian semua barangan elektronik terpakai yang telah disenaraikan ialah iPhone X, ketinggiannya bersamaan dengan lebih 10,000 kali ketinggian Menara Berkembar Petronas di Malaysia.

Laporan tersebut juga mengemukakan trend utama dalam setiap pasaran; khususnya untuk Carousell Malaysia dan Mudah.my adalah seperti berikut:

  • 3 kategori teratas yang paling popular bagi menjual barangan terpakai ialah Fesyen, Elektronik dan Kereta
  • 3 kategori teratas barangan terpakai yang paling popular dilayari ialah Fesyen, Kereta dan Hobi & Mainan
  • 3 kata kunci yang paling banyak dicari sepanjang masa ini bagi barangan terpakai: IKEA, BTS dan Nike

Perdagangan semula (recommerce) merujuk kepada penjualan dan pembelian produk yang pernah dimiliki sebelum ini, termasuk dalam keadaan baharu dan juga terpakai. Laporan itu merangkumi data daripada 9 daripada jenama sekeluarga Kumpulan Carousell di seluruh pasaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan – Carousell, Cho Tot, Laku6, Mudah.my, OneKyat, One Shift, Ox Luxe, Ox Street dan Refash.

Semenjak penubuhan Carousell pada tahun 2012 sebagai aplikasi mobile-first untuk memudahkan transaksi penjualan dan pembelian barang yang kurang digunakan, Carousell telah berkembang daripada pasaran iklan pengguna-ke-pengguna (C2C) kepada platform berbilang kategori bagi barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong, dan Taiwan. Untuk menjadikan platform Carousell lebih mesra pengguna dan mempercepatkan perdagangan semula bagi dekad seterusnya, terdapat pelbagai penambahbaikan dari segi ciri-ciri teknikal dan perkhidmatan yang telah dirancang. Tujuan penambahbaikan akan memudahkan pembelian barangan terpakai dan menambahkan kepercayaan pengguna-pengguna Kumpulan Carousell seperti membeli barangan baharu.

Lucas Ngoo, antara pengasas Kumpulan Carousell, mengulas mengenai Laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell tahun 2022: “Laporan tahun ini, yang juga merupakan edisi Ulang Tahun ke-10, menjadi penanda aras untuk memahami tingkah laku pengguna pasca era COVID-19. Laporan tersebut membantu kami untuk mengikuti arus perubahan di Malaysia supaya kami akan terus memacu dalam pertumbuhan perdagangan semula.” 

“Sebagai kumpulan yang berasaskan misi untuk menangani masalah pembelian berlebihan melalui teknologi, kami berbesar hati kerana platform kami telah berjaya menjual berjuta barangan terpakai dan yang tidak lagi digunakan untuk digunakan semula. Secara tidak langsung, mengurangkan pencemaran alam dan melindungi alam sekitar. Selain itu, platform kami turut membantu menjana pendapatan sampingan untuk pengguna-pengguna di Carousell. Kami akan berusaha untuk meneruskan misi bagi menggalakkan kelestarian (sustainability) dan ekonomi pekeliling (circular economy) di Malaysia,” tambah beliau.

Laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell (Edisi Ulang Tahun Ke-10) boleh dimuat turun di http://press.carousell.com/carousell-green

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .