Skip to main content

6 SOLUSI MUDAH MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA

Penyebab stress di tempat kerja bagi setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan tahap stress yang dialami. Apapun penyebabnya kita boleh menangani stress di tempat kerja dengan beberapa cara.

 

Menghilangkan stress di tempat kerja sebenarnya tidaklah serumit yang kita bayangkan. Kita boleh memilih salah satu cara di bawah yang sesuai dengan situasi dan keadaan kita. Lakukan secara rutin sehingga kita boleh bekerja dengan tenang dan seronok.

 

Berikut Beberapa Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja:

1. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam

Cara paling mudah yang boleh kita lakukan di saat stress datang menyerang adalah dengan cara bernafas dalam-dalam. Semasa kita sedang stress, badan kita biasanya akan bernafas lebih cepat daripada kebiasaannya.

 

Tutup mata dan fokuskan fikiran kita pada nafas yang dibuang melalui mulut kita. Teknik bertenang dan menarik nafas dalam-dalam ini dapat meredakan saraf-saraf otak yang tegang serta mengurangkan tahap stress tersebut. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan fokus kita. Cuba lakukan teknik ini secara berulang kali selama dua hingga lima minit.

menangani stress di tempat kerja

 

2. Jangan sesekali menangguh kerja

Menunda atau menangguh kerja atau tugasan boleh mengundang stress di tempat kerja. Semakin kita suka menunda segala kerja, semakin banyak dan menimbun kerja-kerja kita itu nanti.

Jadi, adalah lebih baik jika kita dapat mengatur segala kerja kita dengan baik. Cara ini akan membantu kita untuk bekerja dengan lebih efektif dan berdisiplin. Segala kerja yang cepat selesai atau dapat dilunaskan dengan baik akan membuatkan jiwa serta otak kita menjadi lebih tenang tanpa dibebani  dengan kerja-kerja yang belum selesai.

menangani stress di tempat kerja

 

3. Dengar muzik atau sesuatu yang menenangkan

Mendengar lagu atau muzik bukan sahaja akan membuatkan kita berasa lebih relaks. Malahan juga dapat mengurangkan tahap stress kita. Mendengar lagu dikatakan mampu mengembalikan mood seseorang.

 

Jika kita terasa penat , ambillah masa seketika dan dengarkan muzik ataupun lagu-lagu kegemaran kita.  Dengarlah lagu-lagu pilihan kita itu selama 15 minit bagi meningkatkan kosenterasi kita, sehingga mampu menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat dan mempunyai idea-idea yang lebih bernas.

menangani stress di tempat kerja

 

4. Senaman ringkas

Lakukan senaman renggangan badan atau stretching ketika bekerja dikatakan mampu membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh bahagian badan termasuk otak.

 

Sekiranya kita rasa badan dan otak kita terlalu penat kerana terlalu banyak berfikir sewaktu bekerja, buatlah senaman ringkas tersebut. Teknik ini bukan sahaja akan membuatkan kita berasa lebih relaks, malahan juga dapat menurunkan tahap stress kita.

menangani stress di tempat kerja

 

5. Memotivasikan diri sendiri

Salah satu cara menangani stress di tempat kerja yang boleh kita lakukan adalah dengan memotivasikan diri sendiri. Teknik ini mampu mengembalikan mood kita yang mungkin dibebani rasa stress pada ketika itu.

 

Selain itu, jangan lupa dekatkan diri kita dengan Tuhan bagi mendapatkan ketenangan diri. Insya-Allah tahap stress yang kita alami itu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

menangani stress di tempat kerja

 

6. Selesakan ruang kerja

Keadaaan tempat atau meja yang tidak selesa juga boleh menambahkan beban otak kita sewaktu menyelesaikan tugasas. Oleh sebab itulah, kita perlu menyusun atur dan mengemas agar kita tidak rasa bosan dan cepat stress.

menangani stress di tempat kerja

 

Itulah antara cara menangani stress di tempat kerja yang boleh kita lakukan. Ternyata, ia sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak serta belanja yang mahal untuk menanganinya.

 

Bagaimanapun jika anda masih berasa stress kerana ada seseorang yang selalu menekan atau mengganggu anda, bersemuka, mohon pertukaran jabatan atau cari kerja lain, mungkin menjadi alternatif yang lebih baik. Selamat mencuba!

BACA KERJA OH KERJA, 6 RISIKO YANG BOLEH DIHADAPI JIKA TERLALU WORKAHOLIC!

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .