Skip to main content

Ketahui 3 Penyebab Keputihan Gatal Dan 5 Cara Mengatasinya

Penyebab keputihan gatal
Stress turut menjadi penyebab keputihan gatal. Jadi sentiasa tenangkan fikiran dan rehatkan minda.

Sebagai wanita, adakah anda benar-benar tahu atau faham tentang penyebab keputihan gatal? Kalau rasa kurang faham, biar Mamanet perjelaskan.

Keputihan wajar dialami kaum wanita dan hampir semua wanita mengalami perkara ini. Mamanet pun pernah mengalaminya, tapi tidaklah sampai ke peringkat yang serius sebab Mamanet cepat bertindak untuk mengatasinya.

Keputihan merupakan cecair putih bening atau lendir yang berlebihan keluar daripada vagina atau alat sulit wanita.Dikatakan hampir 90% wanita pernah mengalami masalah keputihan gatal.Walaupun tidak menyebabkan gangguan kesihatan yang serius, namun langkah pencegahan perlu cepat dilakukan agar keputihan gatal tidak menjadi bertambah parah. Khususnya menggangu hubungan suami isteri.

Berikut beberapa penyebab keputihan gatal yang perlu anda ketahui:

  1. Bakteria Dan Kulat

Keputihan biasanya disebabkan oleh kulat ‘candida albicans’. Memandangkan ia bersifat parasit, kulat jenis ini cenderung menimbulkan rasa gatal di sekitar alat sulit wanita. Selain itu, ia juga menimbulkan bau yang agak kurang menyenangkan.Selain kulat, keputihan yang disebabkan bakteria ‘gardnerella’ dipanggil ‘bacterial vaginitis. Apabila jumlahnya banyak dan cukup lama, bakteria ini boleh menyebabkan keputihan yang berpanjangan sehingga menjadi penyakit yang lebih serius.

 

  1. Virus Dan Parasit

Keputihan yang disebabkan oleh virus biasanya bawaan daripada penyakit kelamin seperti HIV ataupun akibat daripada bertukar-tukar pasangan seks.

 

  1. Kurang Menjaga Kebersihan

Wanita yang kurang atau tidak menjaha kebersihan alat sulit lebih mudah terkena keputihan gatal.Setelah anda membuang air kecil atau besar atau pun selepas mengadakan hubungan seksual dengan pasangan, biasakan membasuh alat sulit dengan cara yang betul iaitu dari arah depan ke belakang agar kotoran ataupun bakteria dari dubur tidak diangkut sekali dan masuk ke kawasan vagina.

 

Cara Mencegah Keputihan Gatal

  • Kena jaga kebersihan organ intim secara teratur. Gunakan pembersih yang tidak mengubah PH semulajadi Miss V.
  • Gunakan pakaian yang tidak terlalu ketat. Elakkan memakai seluar jeans ketat yang boleh meningkatkan kelembapan serta mengundang pertumbuhan kulat atau bakteia lebih cepat.
  • Gunakan seluar dalam daripada bahan cotton.
  • Anda perlu bijak mengawal stress kerana stress luaran dan dalaman boleh menganggu keseimbangan hormon serta mempengaruhi daya tahan tubuh yang boleh mengundang penyakit termasuk keputihan.
  • Jaga kebersihan alat sulit wanita dengan membasuhnya dengan air rebusan daun sirih yang telah dicampur dengan garam pink untuk mencegah datangnya penyebab keputihan gatal tersebut.

Anda mungkin gemar artikel ini  Masalah Gatal Celah Kelangkang

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...