Skip to main content

PUNCA JERAWAT DI BADAN DAN KETAHUI 7 CARA MUDAH MENGHAPUSKANNYA!

JERAWAT BOLEH TUMBUH DI MANA SAHAJA, MUKA DAN TERMASUKLAH JUGA JERAWAT DI BADAN! MEMANG ORANG TAK NAMPAK TAPI TENTU KITA RASA TIDAK SELESA SEBAB SELALU RASA GATAL-GATAL DAN MERENYAM SELAGI TIDAK DIGARU!

Masalah jerawat di badan khususnya  di bahagian belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya disebabkan oleh peluh yang berlebihan.
Badan yang sering berpeluh mudah lembab dan senang diserang pelbagai bakteria. Apatah lagi jika keadaan belakang badan berminyak, jadi semakin cepatlah proses tumbuhnya jerawat di badan.
Selain itu, jika kita mudah berpeluh adalah sangat penting kita menjaga kebersihan diri, tempat tidur dan pakaian kita. Jika kita memakai pakaian yang lembab kerana peluh, ia akan mempermudahkan lagi timbulnya jerawat di badan.
Di samping pengambilan makanan yang mengandungi lemak tinggi dan berminyak boleh membuatkan jerawat mudah tumbuh.
Cuba hindari pengambilan makanan bergoreng atau junk food kerana ia bukan sahaja membuatkan berat badan kita bertambah. Bahkan boleh membuatkan pori-pori kulit kita tersumbat.
 jerawat di badan

BERIKUT 7 CARA UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT DI BADAN

  1. MANDI SECARA TERATUR
Ini merupakan cara sederhana untuk menghilangkan jerawat. Bersihkan badan atau mandi sebelum kita masuk tidur bagi mengelakkan pembiakan bakteria pada badan melalui peluh.
jerawat di badan
  1. TUKAR SABUN MANDI
Ada kemungkinan juga jerawat yang tumbuh di badan kita disebabkan oleh penggunaan sabun mandi atau gel mandian yang tidak sesuai dengan kulit kita.
Gunakan mandian anti bakteria atau herba seperti Tea Tree Body Wash. Elakkan memakai sabun mandi biasa.
jerawat di badan
  1. PAKAIAN PAKAIAN LONGGAR
Terlalu banyak berpeluh juga boleh membuatkan jerawat tumbuh di badan. Pakailah pakaian longgar supaya pernafasan kulit berjalan lancar.

Di samping itu, pilihlah pakaian dengan material lembut dan ringan.

jerawat di badan
  1. PASTIKAN TEMPAT TIDUR BERSIH
Kalau boleh tukarlah tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut, paling lama dua minggu sekali. Tempat tidur yang kurang bersih menjadi sarang bakteria dan kuman.
jerawat di badan
  1. PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jerawat di badan sama juga seperti pada muka yang mungkin diakibatkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Jauhi atau kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana ini mampu merangsang penyakit juga. Makanan seperti salad dan sup atau direbus amat disarankan kerana ia adalah pemakanan yang sihat.
jerawat di badan
  1. KHASIAT LIDAH BUAYA
Lidah buaya atau gel alovera  sangat bagus untuk mengatasi masalah jerawat. Selain itu ia juga berguna untuk mengeringkan jerawat.
jerawat di badan
  1. PENGGUNAAN PELEMBUT ATAU PEWANGI PAKAIAN
Penggunaan pewangi atau pelembut pakaian juga boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat di badan.
Bahan yang terkandung dalam pelembut atau pewangi pakaian boleh menyebabkan iritasi pada kulit sehingga memudahkan jerawat tumbuh.
jerawat di badan
Itulah beberapa penyebab dan solusi untuk mengatasi masalah jerawat di badan. Semoga bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...