Skip to main content

6 SENAMAN RINGAN SOLUSI KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

SIAPA YANG NAK PERUT BUNCIT DAN LEMAK MENGGELAMBIR DI SANA-SINI, KAN? JANGAN RISAU, ADA BANYAK CARA YANG BOLEH DICUBA UNTUK MENGEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT DAN MELAKUKAN SENAMAN RINGAN ADALAH SALAH SATU SOLUSINYA!

Kawasan perut adalah tempat di mana lemak paling banyak menimbun. Ini adalah kerana otot-otot pada bahagian tersebut jarang digunakan dan aktif sehingga pembakaran lemak dan kalori yang berlaku di situ sangat sedikit.

Bersenam dan berdiet adalah perkara penting untuk mengempiskan perut buncit yang kita miliki. Namun, kesibukan atau rutin harian yang padat membuatkan sebahagian daripada kita jarang bersenam.

Nah… solusi senaman ringan mengempiskan perut buncit dengan berkesan dan cepat tanpa membuang banyak masa kita. Cuba ok!senaman ringan

6 JENIS SENAMAN RINGAN PALING BERKESAN DAN CEPAT UNTUK MENGEMPISKAN PERUT

  1. SIT UP

Sejak dahulu lagi sit up sudah dianggap sebagai senaman mengempiskan perut. Cuba luangkan waktu selama 15 minit selepas bangun tidur untuk melakukan senaman ringan ini.

Ketika melakukan aktiviti ini, otot-otot di bahagian perut depan dan sisi akan ikut bergerak sehingga akan mengikis lemak yang terkumpul.

Jika dilakukan dengan posisi yang tepat, sit up sangat efektif untuk mengempiskan perut kerana gerakannya betul-betul tertumpu di bahagian otot perut.

Cuba lakukan senaman ringan ini secara rutin 3x sehari selama 15 minit.senaman ringan

  1. PUSH UP

Push up atau tekan tubi yang dilakukan secara rutin bukan hanya berkesan untuk membentuk lengan. Bahkan boleh membantu kita mengempiskan perut buncit.

Push up dikatakan dapat meningkatkan kadar testosterone dan meratakan perut buncit. Kekurangan testosterone dikaitkan dengan pengumpulan lemak di bahagian organ perut.

Senaman ini tidak memerlukan peralatan khas, cubalah buat push up 2x sehari mengikut tahap kesesuaian atau kemampuan kita sendiri.senaman ringan

senaman ringan
Advertisement

  1. SIDE PLANK

Senaman ini dikatakan salah satu aktiviti terbaik untuk mendapatkan perut kempis dan rata. Ketika melakukan senaman ringan ini semua otot akan aktif bekerja.

Lakukannya sebelum tidur selama 5 -10 minit. Caranya mudah sahaja, baringlah dengan posisi mengiring di sisi kiri atau kanan.  Kemudian letakkan siku dilantai sebagai tumpuan di bawah bahu. Letakkan kaki yang satu di atas kaki yang satu lagi.

Kemudian angkat punggung dan perut dari lantai, sehingga seluruh badan kita berada di kedudukan yang lurus dari kepala hingga ke kaki.

Tahan pada posisti tersebut selama 30-60 saat, kemudian buatlah pula untuk sisi yang berlawanan, sesuai dengan kemampuan kita.
senaman ringan

  1. GERAKAN HULA HOOP

Senaman ini bukan hanya mampu menguatkan otot lengan, kaki, leher dada dan bahu sahaja. Sebaliknya Hula Hoop boleh dipraktikan sebagai senaman yang mampu membakar kalori, termasuklah mengecilkan perut yang menggelambir.

Bagi mengempiskan perut, kita memerlukan Hula Hoop yang bersaiz besar. Kita mampur membakar 7 kalori setiap minit. Jika kita melakukannya selama 30 minit, bermakna kita telah membakar 210 kalori. 
senaman ringan

  1. LOMPAT TALI

Lompat tali atau skipping  ini sangat berguna untuk kita yang mula merasakan perut semakin membuncit. Lompat tali yang dilakukan selama satu jam dikatakan dapat membakar 730 kalori dalam badan.

Untuk permulaan, boleh sahaja jika kita lakukan 15 minit sehari dna pastikan kita meningkatkan kelajuan kelompatan semampunya untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.
senaman ringan

  1. BALL CRUNCH

Gerakan ball brunch seakan dengan sit up, tetapi kita melakukan senaman ini di atas sebuah bola besar.

Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu duduk di atas sebuah bola besar dengan kaki menapak pada lantai.

Setelah itu, baringkan badan sehingga bahagian belakang dan punggung kita menyentuh bola.

Kemudian letakkan kedua belah tangan di belakang kepala dan berusahalah mengangkat bahagian atas badan dengan bahagian belakang tetap melekat pada bola tersebut.
senaman ringan

Itulah beberapa senaman ringan yang boleh dipraktik bagi mengempiskan perut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Anda Suka Artikel Ini? Kongsikan Artikel Ini Bersama Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Makanan Apa Yang Menjadikan Perut Buncit

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .