Skip to main content

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini.

Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan.

Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya.

Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari.

Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi. 

“Kami bukan sahaja berbangga dengan MILO yang kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya Malaysia, menerusi kempen ini, kami juga ingin meraikan keberanian serta kegigihan yang membentuk semangat juara takkan gentar dalam diri rakyat.

Sentiasa berada di sisi mengharungi jatuh bangun bersama-sama, kami ingin mengabadikan secebis kenangan kehidupan Malaysia yang bermakna dalam memorablia kami, sambil meneruskan sokongan kepada rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga untuk melangkah lebih jauh demi menghadapi masa hadapan,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Menampilkan dua reka bentuk, Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 2021 meraikan cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO kegemaran mereka, sama ada di warung-warung tepi jalan (Edisi Warung) mahupun di kopitiam yang menggamit nostalgia (Edisi Kopitiam).

Jayee Lim, Pengarah Seni Loka Made berkata, “Kami sedar bagaimana MILO telah memperkayakan budaya makanan Malaysia. Memetik ilham ini serta kenangan manis rakyat Malaysia bersama MILO, kami yakin tiada yang lebih unik dalam warisan budaya kita berbanding warung dan kopitiam.

Kami berbangga untuk berkongsi hasil karya kami dengan rakyat Malaysia, khususnya peminat MILO, dan berharap mereka juga akan turut berbangga untuk memiliki ikonografi MILO ini. Kami berharap dengan cara ini kami dapat memelihara warisan budaya kita.

Semoga tin MILO edisi terhad ini bukan sekadar menjadi kenangan buat generasi akan datang, malahan peringatan betapa MILO sentiasa dekat di hati anak-anak Malaysia. ”

Walaupun reka bentuknya sarat dengan unsur tradisi, Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 2021 tampil dengan kecanggihan teknologi AR yang menghidupkan warisan ini. Dengan mengimbas kod QR pada tin, peminat dapat merasai pengalaman interaktif 3D dengan rekaan warung dan kopitiam tersebut.

Membangkitkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam kalangan peminat serta rakyat Malaysia, MILO menjemput semua untuk menonjolkan keunikan budaya Malaysia dengan berkongsi bagaimana MILO melengkapkan hidangan kegemaran mereka menerusi Peraduan Kita Kan Malaysia. Peserta hanya perlu mengambil gambar Tin MILO Edisi Terhad bersama makanan kegemaran yang dianggap sebagai gandingan terbaik dan memuat naiknya ke media sosial beserta tanda pagar #MILOMerdekaMalaysiaDay dan #TimeforMILO sebelum 30 September 2021 untuk berpeluang memenangi set hadiah eksklusif MILO.

Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 2021 kini berada di pasaran. Pembelian boleh dibuat di pasar raya yang berhampiran serta secara atas talian menerusi laman e-dagang utama, selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.milo.com.my/bm/Tin-MILO-Edisi-Merdeka

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...