Skip to main content

7 Sebab Muka Berminyak & Berjerawat

muka berminyak
kredit foto: artes-bxl

Kulit muka berminyak dan berjerawat adalah dua perkara yang sangat menganggu penampilan seseorang wanita, sehingga boleh membuatkanya hilang keyakinan diri.

 

 

Muka berminyak boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

 

  1. muka berminyak
    kredit foto befittoo

    Hormon Tidak Seimbang

Kelebihan minyak pada muka merupakan tanda seseorang anak itu sudah menempah alam baligh. Bagi orang dewasa pula, khususnya wanita akan mengalami muka berminyak secara berlebihan ketika period.

 

Pengambilan makanan yang seimbang serta aktiviti yang dilakukan akan mengurangkan jumlah minyak yang keluar dari badan kita.

 

 

 

  1. muka-berminyak
    kredit foto: thefourfountainsspa

    Makanan Berlemak & Berminyak

Makanan yang banyak mengandungi lemak tidak bagus untuk kesihatan kita kerana timbunan lemak boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

 

Muka berminyak juga boleh disebabkan kerana pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang berlebihan. Makanan berminyak (makanan bergoreng) juga boleh menyebabkan kulit muka kita berjerawat.

 

  1. Genetik

Apabila kedua orang tua kita mempunyai muka yang berminyak, jadi kulit muka kita juga tidak terkecuali berminyak.

 

Itu bermakna muka berminyak yang kita alami disebabkan oleh faktor genetik ataupun keturunan.

 

 

  1. muka-berminyak
    kredit foto: hellomagazine

    Produk Kecantikan

Berhati-hati ketika memilih produk-produk kecantikan ataupun kosmetik yang berlambakan di pasaran.

 

Takut jika tersalah pilih, pemakaian produk tersebut boleh merosakkan wajah.Apatah lagi, jika ianya mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya.

 

 

 

 

  1. kulit berminyak
    kredit foto: amazingworldfactsnpics

    Gaya Hidup

Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh membuatkan kulit muka kita menjadi tidak sihat dan berjerawat.
Jarang bersenam, pengambilan ubat-ubatan, merokok, terlalu banyak minum minuman berkafein adalah beberapa kebiasaan yang tidak menyihatkan dan mengundang muka berminyak serta berjerawat.

 

  1. Stress

Ketika stress, pengeluaran hormone kortisol akan meningkat sehingga pengeluaran minyak dari kelenjar minyak pun jadi meningkat.

 

Secara tak langsung, ia akan menyebabkan badan anda menghasilkan minyak berlebihan dan membuatkan muka kita berminyak.

 

 

  1. Cuaca Panas

Peningkatan suhu juga boleh menyebabkan pengeluaran minyak dalam badan meningkat.

 

Dalam keadaan cuaca panas kulit akan jadi lebih cepat berminyak, sehingga muka kita pun akan kelihatan berkilat kerana berminyak.

 

 

Itulah beberapa penyebab muka berminyak dan jerawat yang perlu diberikan perhatian supaya masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

 

 

Jangan lupa baca http://123mamanet.com/atasi-kulit-berminyak-dan-berjerawat/

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...