Skip to main content

MERAWAT MISS V DENGAN 7 JENIS MAKANAN SIHAT

SELAIN MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN, MERAWAT MISS V JUGA PENTING UNTUK DIBERIKAN PERHATIAN. ADA BANYAK PENYAKIT SERIUS YANG BAKAL MENYERANG WANITA KALAU TAK MENJAGA KEBERSIHAN SERTA KESIHATAN MISS V!

 

Lagipun pertambahan usia, bukan hanya kulit sahaja yang mengalami kesan penuaan. Bahkan Miss V atau vagina kita pun turut mengalami penuaan.

 

Miss V yang sihat memiliki tahap pH semulajadi asid dan banyak bakteria sihat yang membantu mencegah infeksi. Selain menjaga kebersihan, terdapat beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan kesihatan Miss V.

merawat miss v

 

BERIKUT ADALAH ANTARA MAKANAN YANG SEMEMANGNYA BAGUS UNTUK MERAWAT MISS V:

 

  1. AIR MASAK

Pengambilan air masak pada setiap hari bukan sahaja mampu menjaga kesihatan seseorang. Malahan juga bagus untuk merawat Miss V bagi menjaga kelembapannya.

 

Selain itu, air masak juga mengandungi mineral yang berupaya menjaga kestabilan suhu pada kawasan tersebut.

merawat miss v

 

  1. BAWANG PUTIH

Bawang putih dapat membantu kita mengatasi masalah keputihan serta merawat Miss V supaya lebih sihat.

 

Khasiat bawang putih terlalu banyak, di dalamnya mengandungi antibakteria, antikulat dan antioksidan yang mampu membunuh kulat dan bakteria jahat pada Miss V.

merawat miss v

 

  1. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran seperti ayam, kangkung, kobis bunga dan salad boleh merawat Miss V supaya lebih sihat, tidak terlalu kering dan juga terlalu lembab.

 

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C  seperti jam, nenas dan strawberi juga sangat bagus untuk mempertahankan daya ketahanan di  kawasan Miss V.

 

Buah cranberries yang kaya dengan serat makanan, mineral dan flavonoid antosianidin  sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung, kanser dan juga memelihara saluran kencing.

merawat miss v

 

 

  1. YOGHURT

Yoghurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria dan tersedia dalam pelbagai macam rasa.

 

Yoghurt mengandugi bakteria yang baik untuk menjaga kesihatan serta mempertahankan PH semulajadi di bahagian Miss V.

 

Minuman yang kaya probatik ini juga mampu melawan infeksi dan bakteria jahat di kawasan organ intim kita.

merawat miss v

 

  1. KACANG ALMOND

Kacang almond mengandungi kandungan zat dan vitamin serta nutrisi lain yang mampu membantu menseimbangkan kesihatan badan.

 

Kacang ini juga mengandungi karbohidrat, serat makanan, protein tinggi serta asid amino essential. Di samping itu, ia adalah sumber vitamin E, vitamin B, mineral penting seperti kalsium, magnesiuam, kalium serta lemak sihat.

 

Pengambilan kacang almond dapat membantu mencegah kekeringan pada kawasan Miss V kerana mengandungi vitamin E.

  1. merawat miss v
  2. LADA

Tambahkan lada ke dalam menu harian kita kerana ia mengandungi capsaicin yang dapat meningkatkan perjalanan darah, merangsang saraf dan rasa ghairah.

merawat miss v

  1. LEMON

Antioksidan yang terdapat di dalam lemon yang bersifat asid dapat membantu menjaga tahap pH Miss  V yang sihat serta berupaya melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikan bebas.

 

Selain itu lemon juga berfungsi sebagai penguat daya ketahanan badan untuk membantu tubuh melawan segala jenis infeksi.

merawat miss v

 

Itulah beberapa makanan yang dipercayai mampu membantu merawat Miss V supaya sihat dan tahap pH vagina seimbang.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .