Skip to main content

Ella Bintangi Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya

Ella Cherok Tok Kun

Tak sabar rasanya nak menyaksikan Ella, Ratu Rock Malaysia beraksi di pentas teater Dari Cherok Tun Kun Ke Putrajaya. Pementasan ini bakal berlansung pada 26 Mei 2023, bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Penampilan Khas Ella Bersama Suami,Kapten Azhar

Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya ini pastinya lebih ‘havoc’ dengan penampilan khas Ella bersama suami tercinta Kapten Azhar dan juga kakaknya Jojie, merangkap pengurus Ella.

Apa yang lebih menarik, pentas teater turut dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu Jo Branko (ex Wings). Ini merupakan penampilan pertama Jo Branko di pentas teater tanahair.

Suasana pementasan pada malam tersebut bakal gamat dengan penampilan istimewa Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia.

Artikel Lain: Chef Faez Tauke Nasi Arab Mahu Jadi Artis

Ella Cherok Tok Kun

Pementasan Dibarisi Oleh Para Pelawak Terkenal

Sekitar tahun 2019 lalu, telah berlangsung persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari CherokTok Kun ke Gombak yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)Selangor.

Pementasan tersebut dibarisi oleh para pelawak terkenal tanahair seperti Wan Raja, Bell Ngasri,Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs dan para pelakon dari Resdongs Entertainment.

Pementasan yang diarahkan oleh Lanun Resdongs itu telah ditonton oleh lebih dari 1000 orang penonton. Ia turut menampilkan kemunculan istimewa Azharina Juara Gegar Vaganza 3 dan juga Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie.

Pada malam tersebut, Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari bersama isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad turut hadir.

Ella Cherok Tok Kun

Bahagian Kedua Siri Pementasan

Kini selepas 4 tahun berlalu, pada tarikh 26 Mei 2023 bersamaan dengan hari Jumaat sekali lagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment bakal menganjurkan bahagian kedua siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya. 

Pementasan kali ini bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.

Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini.100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi auditorium tersebut.

Harga Tiket

Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari 15 Mac 2023.

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 0177054996 Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment.

Mereka percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater. 

Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadahyang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita

TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) jam 8.45 malam

Lokasi : Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Ringkasan Cerita:

Mengisahkan tentang Danish Mikhael anak muda dari Cherok Tok Kun yang mendapat peluang bekerja di Putrajaya tetapi dihalang oleh ayahnya yang hanya mahu dia bekerja di kampung.

Manakala di kampung pula ada sekumpulan anak muda iaitu rakan rakan Danish Mikhael yang terlibat dalam gejala dadah. Tidak cukup dengan masalah dadah, Cherok Tok Kun juga diganggu oleh entiti makhluk halus. 

Dapatkah Danish Mikhael mengubah nasibnya untuk ke Putrajaya dan dalam masa yang sama membantu rakan rakan kampung yang terlibat dalam gejala dadah serta dapatkah masalah entiti makhluk halus diselesaikan?

Jom kita saksikan pementasan Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya untuk mencari jawapan kepada semua di atas. (Cerita ini hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.Jika terdapat persamaan penceritaan, ianya hanyalah kebetulan sahaja).

Pastinya ramai yang tak sabar untuk menyaksikan kemunculan Ratu Rock Malaysia Ella bersama suaminya, kakaknyaJojie serta Jo Branko di pentas teater!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...