Skip to main content

4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Agar Merah

Cara Menghilangkan Bibir HitamCuba lihat di cermin sewaktu bibir anda bebas daripada sebarang lipstik ataupun pelembab bibir. Adakah bibir anda hitam? Kalau hitam, cuba baca 4 cara menghilangkan bibir hitam yang Mamanet kupas ini.

Pemakaian pelembab bibir ataupun lipgloss hanyalah untuk melembabkan bibir supaya tidak kering. Keduanya tidak boleh mengembalikan warna bibir anda yang hitam itu.

 

Antara faktor yang boleh menyebabkan bibir menjadi hitam adalah disebabkan kebiasaan merokok ataupun penggunaan lipstik yang kurang sesuai. Kandungan nikotin di dalam rokok dipercayai dapat membuatkan pigmen melanin bibir menjadi lebih tebal dan menghitam. Di samping itu, lipstik yang mengandungi parafin dan logam berat juga mengundang iritasi bibir yang mana akan membuatkan bibir anda kelihatan hitam dan kering.

 

Baca juga:  Jika anda tergolong dalam kategori wanita atau lelaki yang bertubuh rendah,  sudah pasti anda ingin tahu cara nak tinggi. Kenapa orang lebih suka tinggi berbanding pendek ya?

 

Solusi terbaik sebagai salah satu cara menghilangkan bibir hitam adalah berhenti merokok dan pakailah lipgloss berwarna untuk mencerahkan bibir.  Selain itu anda juga boleh menghilangkan bibir hitam dengan bahan-bahan semulajadi.

 

Cara Menghilangkan Bibir Hitam Secara Semulajadi:

 

  1. Minyak Zaitun

Mungkin ramai yang tidak tahu, minyak Zaitun mengandungi Omega 3 dan antioksidan yang berperanan mengangkat sel kulit mati. Jadi sebab itulah dengan menyapu minyak zaitun di bibir menjadikan bibir anda kembali cerah atau merah semulajadi.

Cara Menghilangkan Bibir Hitam

  1. Madu

Ianya dikatakan sangat efektif sebagai pelembab bibir untuk mengatasi bibir kering. Madu juga boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bibir hitam akibat merokok dan penggunaan lipstik yang tidak tepat. Memadai jika menyapu madu asli di bibir sebelum tidur di malam hari. Biarkan madu melekat pada bibir agar dapat diserap oleh kulit di sekitar bibir. Madu boleh membantu meremajakan kulit serta mencerahkan bibir.

 

Baca juga: Nak sihat sihat dan ramping serta bebas daripada lemak-lemak di badan? Kalau nak, jangan malas ok sebab pengambilan jus secara rutin di pagi hari setelah bersarapan boleh membantu anda menurunkan berat badan. Jus apa pula yang paling berkesan?

 

Cara Menghilangkan Bibir Hitam

  1. Mentega/Marjerin

Cara menghilangkan bibir hitam secara semulajadi juga dengan mentega atau marjerin. Ia banyak mengandungi minyak semulajadi yang boleh melembabkan bibir dan membantu mengembalikan warna bibir menjadi cerah semulajadi. Sapukannya pada bibir secara merata pada setiap pagi dan malam. Lakukan secara rutin supaya bibir kembali menjadi merah semulajadi.

 

  1. Minyak Almond

Minyak almond mengandungi zat yang boleh melembabkan bibir. Caranya mudah sahaja, sapukan minyak almond rata-rata pada bibir sebelum tidur pada malam hari. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, anda boleh mencampurkan minyak almond dengan madu dan jus lemon.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...