Skip to main content

MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA. INI PUNCANYA!

mulut berbau

Tentu ada di antara kita berhadapan dengan masalah mulut berbau pada saat berpuasa nie.Berpuasa dan munculnya bau mulut atau nafas berbau seakan tidak dapat dipisahkan. Dalam dunia perubatan, masalah ini disebut ‘halitosis’.

Selalunya punca mulut berbau terjadi disebabkan kekeringan mulut selama berpuasa. Tanpa makan dan minum, kelenjar ludah tidak mengeluarkan air liur dalam jumlah yang mencukupi supaya dapat menjaga pernafasan agar tetap segar.

Mulut berbau sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi orang yang sedang berpuasa. Selain merehatkan organ-organ tubuh, ketika berpuasa juga terjadinya proses pembersihan dan pelepasan racun dari dalam tubuh. Sebenarnya pembuangan racun atau detoks ini turut berlaku ketika kita tidak berpuasa, cuma pada masa berpuasa ia menjadi lebih meningkat dan menyeluruh.

mulut berbau

Makanan

Pengambilan makanan seperti bawang mentah, petai, jering, durian dan telur boleh menyebabkan mulut berbau busuk. Kandungan makana tersebut diserap ke dalam aliran darah ketika proses penghadaman.

Di dalam paru-paru, secara tidak langsung terus dipindahkan ke udara yang kemudiannya dihembuskan melalui hidung. Bau mulut yang sebabkan oleh makanan mungkin akan bertahan sehingga 72 jam.

Banyak Minum Air Masak & Makan Makanan Berserat

mulut berbau

Ketika besahur, perbanyakkanlah minum air masak dan ambillah makanan yang mengandungi banyak serat. Selain membersihkan bahagian rongga mulut, air masak juga membantu meningkatkan pengeluar air liur sehingga mulut dan gigi terjaga kebersihannya.

Manakala pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak mengandungi serat berfungsi sebagai pembersih mulut dan perut. Keadaan perut yang tidak sihat akan menimbulkan gas yang mengundang kehadiran bau mulut.

BACA: MAKAN BANYAK PUNCA KOLESTEROL NAIK

mulut berbau

Menggosok Gigi

Jangan lupa untuk menggosok gigi dan permukaan lidah secara rutin dua kali sehari setelah anda menikmati sahur dan malam sebelum tidur. Ini adalah kerana kekurangan pengeluaran air liur ketika berpuasa, ubat gigi biasa tidak mencukupi untuk menjaga kesegaran gigi dan mulut.

Berkumur dapat membantu membersihkan mulut. Ketika mengambil air sembahyang, berkumurlah dengan cara yang betul untuk membersihkan segala kotoran dan bakteria yang ada di dalam mulut serta menjadi punca mulut berbau.

mulut berbau
healthy green tea cup with tea leaves

Minum Teh Hijau

Anda boleh mengatasi punca mulut berbau ini dengan minum teh hijau ketika berbuka dan bersahur. Teh hijau dikatakan dapat mengatasi punca mulut berbau kerana ia mengandungi zat aktif iaitu ‘catechin’ yang dikatakan mampu membunuh bakteria di mulut, menghapuskan gula dari plak serta menghilangkan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Selain itu, anda juga boleh minum teh bunga lavender yang boleh membunuh bakteria yang menjadi punca mulut berbau.

Kredit Foto: Sumber Google

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .