Skip to main content

7 TANDA ANDA KURANG ZAT BESI.SILA SEMAK!

zat besi

Kurang zat besi boleh mempengaruhi kesihatan tubuh kita dalam pelbagai macam cara. Zat besi penting buat tubuh untuk mengeluarkan hemoglobin iaitu protein yang berfungsi mengirimkan oksigen dalam sel ke seluruh tubuh.

Kekurangan tersebut boleh membawa kita kepada penyakit anemia. Jadi, sebab itulah sebelum munculnya masalah kesihatan yang lain, ada baiknya anda mengenali simptom-simptomnya.

Tanda-Tanda Anda Kurang Zat Besi

zat besi
  1. Cepat Penat Atau Lesu

Rasa penat atau letih, lemah dan seolah-olah tidak bermaya adalah gejala umum yang terjadi pada tubuh ketika kekurangan zat besi.

Meskipun begitu, tanda ini juga yang paling sukar dikesan kerana kita biasanya berasa penat disebabkan banyak melakukan aktiviti.

Kekurangan itu akan menyebabkan pengambilan oksigen dalam sel dan seluruh tubuh merosot sehingga akan mengurangkan tahap energi dalam badan kita.

2. Kerap Sakit Kepala

Kekurangan tersebut boleh menggangu oksigen yang sepatutnya mencukupi untuk sampai ke otak kita. Gangguan inilah yang menyebabkan pembengkakan di arteri otak dan membuatkan kita sakit kepala.

3. Kulit Nampak Pucat

Jumlah zat besi yang rendah membuatkan tubuh tidak dapat mengeluarkan hemoglobin dalam jumlah yang mencukupi. Hemoglobin inilah yang membuatkan darah kita berwarna merah, begitu juga dengan warna kulit kita.

Kekurangan yang semakin parah akan membuatkan kulit kita semakin kehilangan warna normalnya dan kelihatan pucat.

zat besi


4.Sesak Nafas

Nafas yang pendek-pendek merupakan salah satu tanda kita kurang zat besi. Disebabkan tahap zat besi kita rendah, oksigen kurang masuk ke beberapa bahagian badan.

Ketika tahap oksigen dalam badan kita rendah atau kurang mencukupi, maka akan menyebabkan kita berasa sesak nafas, tidak kiralah berapa dalamnya kita menarik nafas. Kita tetap berasa seperti tidak puas bernafas

5. Rambut Rosak

Kekurangan itu juga boleh menyebabkan rambut menjadi lebih mudah rosak. Rambut kita akan mengalami kerosakan ketika folikel rambut tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Setelah mengalami kerosakan rambut kita akan menjadi lebih sukar untuk tumbuh kembali sampailah keperluaan zat besi kita mencukupi.

zat besi

6. Kuku Mudah Patah

Jika kuku kita nampak pucat dan mudah patah, berkemungkinan besar ia merupakan tanda kita kekurangan zat besi.

Kuku akan menjadi mudah patah dan menipis disebabkan hemoglobin yang rendah akibat kekurangan tersebut.

7. Cepat Mengantuk dan Mata Berpinar-pinar

Kekurangan itu juga boleh menyebabkan anemia, yang mempunyai tanda-tanda umum seperti cepat mengantuk dan mata rasa berpinar-pinar.

Ini adalah kerana perjalanan oksigen ke otak menjadi kurang lancar kerana zat besi yang sedikit menyebabkan darah kekurangan hemoglobin yang bertugas mengangkut oksigen keseluruh tubuh termasuk ke otak.

Sangat penting untuk kita menyedari simptom-simptom atau tanda-tanda kurang zat besi supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya. Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa share ya!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...