Skip to main content

6 BAHAYA GULA BERLEBIHAN DALAM BADAN. JANGAN BUAT PASAL!

Gula Berlebihan

Gula sememangnya mampu memberikan kebaikan untuk energi tubuh kita. Tetapi, jika diambil dalam kadar yang tak sepatutnya, bahaya gula berlebihan jangan dibuat main-main!

Hobi menikmati makanan manis adalah tabiat negatif yang boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan pada badan kita. Jadi, sebab itulah kita jangan menganggap remeh terhadap pengambilan gula berlebihan ini.

Ketahui juga cara turunkan gula dalam darah. 

[btn text=”KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/8-cara-turunkan-gula-dalam-darah/” target=”_blank”]

Gula Berlebihan

Berikut beberapa bahaya gula berlebihan yang perlu diberikan perhatian:

1.Buah Pinggang

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam penyaringan darah kita. Jika kadar gula dalam darah tinggi ia boleh menyebabkan buah pinggang kita terpaksa bekerja secara berlebihan dan boleh menyebabkan kerosakan di kemudian hari.

2. Organ Hati Rosak

Hati kita sebenarnya tidak tahan atau kebal terhadap pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan bertambahnya lemak di hati dan lama kelamaan boleh menimbulkan penyakit radang hati.

Gula Berlebihan

3. Meningkatkan Jumlah Lemak

Pengambilan gula secara berlebihan meningkatkan lagi risiko tertimbunnya lemak pada lingkaran pinggang.Bahkan lemak pada perut juga semakin meningkat dan boleh menyebabkan obesiti.

Oleh sebab itulah, berhati-hatilah dalam menikmati gula kerana gula akan disimpan dalam perut sehingga menghasilkan sel-sel lemak visceral yang akan membuatkan kita menjadi gemuk. Obesiti bukan hanya menyerang orang dewasa. Malahan juga pada kanak-kanak, potensinya tetap sama!

4. Menganggu Fungsi Jantung

Gula yang berlebihan juga boleh menggangu fungsi jantung dan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung di kemudian hari.

Fungsi dan gerak kerja jantung boleh menurun ketika pengambilan gula yang masuk ke dalam tubuh terlalu berlebihan.

Gula Berlebihan

5. Diabetis

Diabetis adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti ramai. Makan atau menikmati kandungan gula secara berlebihan dan menjadi rutin setiap hari boleh membuatkan kandungan gula dalam darah kita jadi meningkat secara drastik. Akibatnya, diabetis akan mendatangi kita.

6. Muka Cepat Tua

Ternyata bahaya gula berlebihan juga tidak bagus untuk kulit kita. Gula yang berlebihan akan membuatkan kulit sukar untuk menyerap protein.

Protein di dalam kulit seperti kolagen yang elastik, membatu menjaga kulit awet muda dan anjal. Kedua protein ini akan bertindak balas. Jika kadar gula berlebihan ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi berkedut dan kendur.

Apapun, menikmati gula memang menambah rasa sedap dan lazat pada makanan dan juga minuman, namun bahaya gula tetap ada jika diambil terlalu berlebihan. Jadi, kurangkan jumlah penggunaan gula agar risiko terkena pelbagai penyakit juga semakin mengecil.

Ingat tahu, bahaya gula berlebihan jangan dibuat main-main. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .