Skip to main content

CARRISA BEAUTY JENAMA TEMPATAN SETANDING PRODUK ANTARABANGSA

Carrisa Beauty | Carrisa Beauty, produk jenama tempatan ini setanding dengan produk antarabangsa

Skincare terbaik tidak semestinya yang mahal dan buatan luar negara.Tidak semestinya produk lokal dengan harga mampu milik tidak bagus. Carrisa Beauty, produk jenama tempatan yang standing produk antarabangsa ini membuktikannya!

Carrisa Beauty Sdn. Bhd telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Sekitar tahun 2018, mereka telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa. 

Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan. Malah, untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara.

Menurut Puan Zurin Zakaria, selaku Pengarah Urusan Carissa Beauty Sdn. Bhd, sebelum melahirkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang standing produk antarabangsa ini, beliau terlebih dahulu mencipta nama dalam perniagaan butik pakaian, di SACC Mall Shah Alam. 

Carrisa Beauty
Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Carissa Beauty Sdn. Bhd

Memandangkan mendapat sambutan hebat daripada para pelanggannya, jadi Puan Zurin merasakan inilah peluang terbaik untuk beliau menerokai bidang baharu dengan mempelbagaikan pengeluaran produk di bawah jenama Carissa.

Produk ini terdiri daripada kelengkapan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita.

Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan semua produk Carissa diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan luar negara. 

Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik).

Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia.

Carrisa Beauty Produk Kecantikan & Penjagaan Diri

Bagi kelengkapan kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai.

Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. Pilihan lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman wanita sebenar.  

Tidak lengkap gaya tanpa memakai maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan. 

Artikel Lain: Buffet Ramadan 2023

Sebelum membeli produk kosmetik, wanita disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk. 

Produk terbaru Carrisa Beauty menampilkan produk penjagaan diri

Produk Penjagaan Diri Terbaru Dari Carrisa Beauty

Bagi krim mandian dan skrub badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing.  Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain.

Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar. 

Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita.

Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan.  

Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka.  Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin.

Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini. 

Carrisa bukan hanya sekadar nama, tetapi komitmen syarikat untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita, di samping mendidik pengguna supaya menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan makna Carrisa itu sendiri #KeranaAndaSememangnyaCantik

Produk jenama Carrisa adalah mampu milik. Ia berharga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu. Kini, pengguna dapat berjimat ketika berbelanja kerana produk Carrisa setanding produk antarabangsa yang lain. 

Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan, anda boleh ke kaunter Carrisa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Perunding kecantikan Carissa akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Jangan risau ok!

Kini Carrisa juga dalam usaha  mengembangkan misi perniagaan serta mengukuhkan nama.Pelbagai promosi dan pameran di dalam dan di luar negara sedang dilaksanakan bagi memperkenalkan produk jenama Carissa Beauty ini dengan lebih meluas.  

Selanjutnya boleh layari:-

Website: www.carrisa.com.my

Facebook : Carrisa Beauty

Instagram : Carrisa.beautyhq

Dapatkan produk Carrisa Beauty di kaunter pasaraya SOGO, produk Carrisa juga boleh dibeli secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul!   Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut. Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an , anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain. Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Selain itu, sebagai wanita usia 30an , kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI ...