JANGAN main-main dengan perasaan hati mertua. Jika tak kena cara mengambil hati mertua, silap haribulan perang dingin antara mertua dan menantu boleh membuatkan dunia suami dan anak-anak anda menjadi huru-hara! Perbalahan antara menantu perempuan dengan ibu mertua boleh berlaku dalam senyap. Hubungan tersebut nampak macam molek sahaja, tetapi hakikatnya dalam diam-diam masing-masing sebenarnya saling berlumba-lumba untuk menyiapkan senjata tajam! Kadang-kadang biarpun rumahtangga yang dibina sudah berbelas tahun lamanya, namun semua itu belum tentu menjamin hubungan anda dengan mertua cukup mesra. Sungguhpun begitu, tiada istilah terlambat untuk memperbaiki atau menjadikan hubungan anda dengan mertua kembali mesra, asalkan anda tahu caranya. Ingat, ibu mertua bukanlah musuh kita! Berikut beberapa cara mengambil hati mertua supaya anda boleh menjadi menantu favourite: Berikan Perhatian Yang Ikhlas Berikan perhatian kepada ibu mertua anda. Jangan sesekali memperlekehkannya atau mengabaik...