Skip to main content

Minum Teh Hijau Kurus Cepat.Betul Ke?

minum teh hijau

Minum teh hijau bukan sahaja memiliki nutrisi dan mineral yang berperanan sebagai antioksidan, malah ia dapat membantu badan kurus dengan cepat.

Antioksidan dalam teh hijau berfungsi untuk melawan radikal bebas yang disebabkan pencemaran udara di persekitaran atau pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi bahan pengawet  yang sering kita makan sehari-hari.

Mamanet suka minum teh hijau berbanding minuman manis yang lain. Bagi Mamanet, minum ini boleh membantu Mamanet tampil awet muda yang mana menjadikan kulit Mamanet lebih lembut dan sihat.

Selain itu, ia juga boleh membantu Mamanet kurus! Tu yang Mamanet suka, selain sihat, boleh maintain langsing.

Artikel Lain: Atasi Masalah Perut Kerap Kembung

Berikut beberapa fungsi minum teh hijau untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

1.Ganti Minuman Manis 

Ternyata teh hijau lebih baik jika dibandingkan dengan minuman manis yang lain. Sekalipun kopi yang dikatakan mempunyai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan jantung.

Khasiat ia baik untuk jantung anda   tidak kurang hebatnya. Ia juga mampu mengepam darah menuju ke jantung dan memberikan energi yang mencukupi untuk membakar kalori.

  1. Mencegah Kenaikan Berat Badan

Anda yang ingin mempertahankan berat badan ideal memang wajar mengagumi fungsinya. Ia dapat menghentikan pergerakan gula ke dalam sel-sel lemak.

Ini bermakna akan terjadi pengurangan lemak dalam tubuh, sekaligus akan mencegah kenaikan berat badan anda.

Pengambilannya secara rutin juga mampu membuang racun di dalam tubuh serta menekan nafsu, sehingga keinginan anda untuk makan secara berlebihan akan hilang.

  1. Baik Untuk Karbohidrat

Teh hijau berfungsi untuk mengeluarkan karbohidrat secara perlahan-lahan, sehingga boleh mencegah kenaikan gula darah.

Cara ini akan membuatkan tubuh akan lebih mudah membakar lemak. Rendam satu uncang  dalam secawan air panas suam. Sejam selepas itu, barulah diminum.

Manfaat teh hijau untuk menurunkan berat badan boleh anda rasakan apabila anda meminumnya sebelum bersenam.

Artikel Lain: 5 Minuman Detoks Bantu Turunkan Berat Badan

Ini adalah kerana kandungan antioksidan yang tinggi dapat membantu pembakaran lemak dan dapat mencegah efek radikal bebas, sehingga mampu mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Ini bermakna, anda perlu bersenam sepanjang proses mahu menurunkan berat badan. Jika anda benar-benar mahu menurunkan berat badan, minumlah teh hijau ini secara teratur.

Cara menurunkan berat badan dengannya tidak memerlukan modal besar dan cukup mudah. Jadi, jangan lupa  untuk mencubanya.

Rajin-rajinlah minum teh hijau ya!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .