AYAM BRAND™ TAMPIL DENGAN MISI KHAS MENAMBAH RASA, KESIHATAN DAN WARISAN KE DALAM RESEPI RAMADAN DAN RAYA ANDA! Terkenal dengan rangkaian produknya yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet, Ayam Brand™ memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Raya keluarga anda dengan tema “Kami Prihatin, Kami Adalah Sekeluarga” (We Care, We Are Family), sempena ulang tahunnya yang ke-125. Sebagai satu jenama yang fokus dengan nilai-nilai kekeluargaan, rasa, kesihatan dan kemudahan, Ayam Brand™ telah menghasilkan 15 pilihan resepi yang sihat, lazat dan mudah untuk anda menceriakan ahli keluarga serta rakan-rakan pada musim perayaan ini. RESEPI RAMADAN DAN RAYA UNTUK KESIHATAN DENGAN SANTAN DAN IKAN Sambutan bulan Ramadan dan Syawal kali ini akan meneroka kebaikan semula jadi santan serta sensasi rasa yang baru dengan Santan Kelapa Ayam Brand ™ yang bebas bahan pengewat, pewarna, perasa tambahan atau ‘Mono Sodium Glutamate’ (MSG). Lemak tepu ...