Skip to main content

TAMPIL BAK SEORANG DIVA DENGAN LIPSTIK WARNA MERAH

TAK KISAHLAH BERAPA USIA DAN APA PUN PEKERJAAN KITA, SEMUA ITU TAK MENGHALANG KITA UNTUK  MENGENAKAN LIPSTIK WARNA MERAH ( KALAU BERANI).

Lagipun lipstik adalah salah satu produk kecantikan yang menjadi kegemaran ramai wanita. Lipstik warna merah mampu memberikan efek mempersonakan, anggun, klasik dan juga seksi!
 
Penampilan dengan lipstik merah ini pastinya akan membuatkan kita bukan sahaja kelihatan seperti seorang diva. Apatah lagi jika kita menghadiri majlis atau event yang istimewa.
 
Bukan itu sahaja, lipstik warna merah mampu membuatkan raut muka kita kelihatan lebih fresh kerana muka akan secara automatik akan nampak cerah.
 lipstik warna merah

BERANI TAK UNTUK MENCUBA TREND LIPSTIK WARNA MERAH INI?

  1. SESUAIKAN DENGAN WARNA TUDUNG
Jika terasa lemau di pagi hari, elok juga kalau kita ceriakan atau suntikan semangat pagi kita dengan lipstik warna merah ini.
 
Cuba sesuaikan dengan tudung yang dipakai, sebaiknya pilih kombinasi warna yang serasi untuk warna merah.
 lisptik warna merah
  1. SERASIKAN DENGAN WARNA KULIT
Selain mensesuaikan dengan warna tudung, kita boleh juga memilih warna lipstik merah yang tepat dengan warna kulit muka kita.
 
Jika kita berkulit cerah atau kuning langsat, memang tak jadi masalah.  Sebenarnya kita bebas menggunakan apa sahaja variasi lipstik merah ini.
 
Lipstik berwarna merah keorenan akan mernyerahkan lagi penampilan kita yang berkulit kuning langsat.
 
Bagi kita yang berkulit putih melepak, lipstik berwarna merah tua akan meninggalkan efek yang cantik dan kontras. Lipstik merah berwarna berry dan plum boleh dijadikan pilihan.
 
Sekiranya kita termasuk dalam kategori yang berkulit gelap, kita disarankan untuk memilih warna merah yang lebih gelap (merah-ungu atau merah buah delima masak) bagi mendapatkan efek yang lebih unik, trendy dan glamour.
 warna lipstik merah
  1. SEPADANKAN DENGAN SOLEKAN MUKA
Supaya bibir merah tersebut nampak lebih menonjol, pastikan kita memilih solekan muka yang sederhana dan minimalis.
 
Pilih pemerah pipi atau blush on berwarna natural seperti peach. Selain itu, jangan lupa menawankan bentuk mata dengan eyeliner dan maskara bagi menampahkan kesempurnaan kecantikan kita.
 lipstik warna merah
  1. GAYA RETRO ATAU VINTAGE
Jika kita minat atau ingin bergaya ala retro atau vintage, sesuai sangat kalau pakai lipstik merah. Gandingan lipstik merah dan bulu mata palsu pasti akan membuatkan penampilan kita jadi lebih klasik.
 lipstik warna merah
  1. TEKNIK PAKAI LIPSTIK YANG TEPAT
Pakailah concealer untuk menutup warna asal bibir kita supaya warna lipstik merah dapat lebih ‘pop out’.
 
Jangan lupa pakai lip liner supaya lebih kemas dan tidak comot. Aplikasikan lisptik dari tengah bibir terlebih dahulu. Kemudian barulah ratakan ke seluruh bibir.
 lipstik warna merah
Supaya lipstik merah dapat bertahan lama atau tidak mudah pudar, sapukan bedak tabur di bibir kerana dapat membantu membuat warna lipstik merah tahan lebih lama.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...