Skip to main content

SOLUSI MUDAH HILANGKAN BAU MULUT KETIKA BERPUASA

TENTU RAMAI YANG NAK TAHU SOLUSI MUDAH UNTUK HILANGKAN BAU MULUT TERUTAMA KITA YANG BERPUASA INI.

 

Bau mulut sering menjadi masalah bagi setiap orang yang berpuasa. Perkara ini sangat menganggu, apatah lagi jika kita perlu berhadapan dengan ramai orang. Bau mulut boleh mempengaruhi keyakinan diri kita. Jadi, apakah cara atau solusi efektif untuk hilangkan bau mulut tersebut?

hilangkan bau mulut

5 TIP HILANGKAN BAU MULUT:

 
  1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
Kekurangan cairan juga boleh menjadi punca mulut kita berbau busuk. Pastikan kita minum 8 gelas sehari, penuhkan ketika berbuka puasa dan juga bersahur.
 
Air masak mampu membilas bakteria di mulut dan meningkatkan jumlah air liur untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut.
 hilangkan bau mulut
  1. MAKANLAH BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka puasa boleh membantu mengurangkan masalah bau mulut yang tidak sedap.
 
Buah seperti strawberi dan blueberi mengandungi vitamin C yang mampu mencegah infeksi dan ulser pada mulut.
 
Di samping itu, lobak merah, saderi dan juga buah epal boleh menyingkirkan bakteria serta membersihkan makanan yang terselit di celahan gigi.
 hilangkan bau mulut
3. KURANGKAN  PENGAMBILAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH
Bawang merah dan bawang putih pada makanan juga boleh menyebabkan munculnya masalah bau mulut.
 
Bau yang menyengat itu mampu bertahan di mulut meskipun kita sudah menikmati pencuci mulut.
 
Bawang mengandungi persenyawaan sulfur yang membuatkan bau bawang terserap dalam peredaran darah dan akan keluar ketika kita menghembus nafas.
 hilangkan bau mulut
  1. HINDARI MAKAN DAN MINUMAN BERASID
Asid boleh mengundang bakteria dalam mulut membiak. Asid juga akan membuatkan mulut kita menjadi kering kerana pengeluaran air liur berkurangan dan mulut menjadi tidak bersih.
Di samping itu, hindari makanan dan minuman seperti kopi, coklat, berkarbonat, sos pasta dan daging berlemak supaya nafas segar selalu.
 hilangkan bau mulut
  1. PERBANYAKKAN KARBOHIDRAT
Karbohidrat juga mampu hilangkan bau mulut yang menyengat. Pengambilan karbohidrat ketika bersahur dan berbuka puasa perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah bau mulut ini.
Cuba lengkapi menu berbuka puasa dan juga bersahur dengan menikmati pisang, gandum dan biji-bijian.
 hilangkan bau mulut
Itulah beberapa cara hilangkan bau mulut. Selain itu, jangan lupa berus gigi secara rutin serta berkumur dengan ubat kumur selepas memberus gigi!

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...