Meer Nash yang mendapat jolokan sebagai Oppa Malay dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYV) 2022, berjaya membuktikan bawa penglibatannya di pentas seni tanah air berbaloi. Namanya terus meniti di bibir peminat apabila lagu ciptaannya yang berjudul ‘Saranghae’ berkonsepkan K-pop yang dilancarkan tahun lepas mendapat sambutan ramai. Penerimaan yang baik terhadap lagu dan buah tangan pertamanya itu, Meer Nash, 27 tahun atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kini kembali dengan single terbarunya yang berjudul KAJIMA. Lagu tersebut merupakan ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Ashraf Nasir. Menurut Meer Nash, lagu KAJIMA itu ditujukan khas buat bekas kekasihnya yang telah membuatkan dia melalui satu kehidupan yang sukar. Selama dua tahun, dia berperang dengan perasaan sukar nak ‘move on’. “Inilah lagu ‘paling gelap’ yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Dengan sedikit elemen seram daripada filem seram KKN, rap dan puis...