Skip to main content

NESTLE DAIRY FREE PERLUASKAN RANGKAIAN MINUMAN BERASASKAN TUMBUHAN KEGEMARAN RAKYAT

Nestle kini menawarkan lebih lagi pilihan yang mengujakan rakyat Malaysia dengan rangkaian minuman tanpa tenusu terbaharunya termasuk NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dalam pek UHT 1L yang mudah dinikmati di rumah. Rangkaian minuman Nestle Dairy Free yang diperkenalkan pada tahun lepas menampilkan kemunculan dua jenama ikonik Nestle kegemaran rakyat, MILO dan NESCAFÉ, dalam versi tanpa tenusu yang disambut baik oleh pengguna. 

Diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan, minuman Nestle Dairy Free tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Komponen susu digantikan dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti badam, oat, kacang soya dan kacang pea, menjadikan rangkaian produk ini sesuai untuk dinikmati oleh semua pengguna termasuk mereka yang menghadapi intoleransi laktosa.

Minuman Nestle Dairy Free adalah rendah lemak serta bebas kolesterol. Selain itu, ia turut memenuhi kriteria logo Pilihan Lebih Sihat yang bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori minuman kopi. 

Pandangan pengguna terhadap diet berasaskan tumbuhan kini telah berubah. Tidak lagi dianggap sebagai produk mewah, pengguna kini menjadikan diet berasaskan tumbuhan norma gaya hidup yang seimbang dan pelbagai, malah selari dengan gerakan kelestarian alam.

Permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya semasa pandemik, membuktikan lebih ramai rakyat Malaysia menginginkan kelainan dalam diet mereka serta meneroka cara baharu untuk menikmati makanan yang bukan sahaja baik untuk diri mereka malah alam sekitar.

Kami melancarkan rangkaian minuman Nestle Dairy Free tahun lepas bagi memenuhi permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan dengan sambutan yang menggalakkan. Kami berbesar hati kerana pengguna kami berpuas hati dengan keunikan rasa MILO dan NESCAFÉ dalam versi tanpa tenusu. Ini memacu usaha kami untuk mengembangkan lagi inovasi produk agar alternatif berasaskan tumbuhan lebih mudah diterima oleh pengguna kami,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Minuman Sedia Diminum, NestlĂ© (Malaysia) Berhad. 

Tambah beliau, “Badam merupakan antara tiga alternatif berasaskan tumbuhan yang paling popular. Justeru, kami teruja untuk membawakan NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dalam format pek UHT 1L agar pengguna dapat menikmatinya berulang kali di rumah serta berkongsi kebaikannya bersama keluarga dan orang tersayang.” 

Melangkah setapak lagi ke hadapan, NestlĂ© berazam menjadikan rangkaian minuman Dairy Free mudah diperoleh pengguna dengan harga mampu milik. “Rangkaian minuman Nestle Dairy Free dihasilkan sepenuhnya di Malaysia. Dengan membawa masuk kepakaran penyelidikan dan pembangunan global kami ke Malaysia serta memanfaatkan kekuatan keupayaan pembuatan tempatan, kami berjaya menawarkan kebaikan produk berasaskan tumbuhan yang lazat kepada pengguna kami pada harga yang berpatutan,” ulasnya. 

Rangkaian minuman Nestle Dairy Free  kini terdapat dalam varian dan format berikut: MILO Dairy Free Badam (UHT 1L dan PET 225ml), NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte (UHT 1L dan PET 225ml) dan NESCAFÉ Dairy Free Oat Latte (PET 225ml). 

NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte UHT 1L kini boleh didapati di Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON pada harga RM10.50 setiap satu. Pembelian atas talian boleh dibuat melalui Shopee atau Lazada

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...