Skip to main content

MEER NASH MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU, ‘KAJIMA’ YANG DITUJUKAN BUAT BEKAS KEKASIH!

Meer Nash yang mendapat jolokan sebagai Oppa Malay dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYV) 2022, berjaya membuktikan bawa penglibatannya di pentas seni tanah air berbaloi.

Namanya terus meniti di bibir peminat apabila lagu ciptaannya yang berjudul ‘Saranghae’ berkonsepkan K-pop yang dilancarkan tahun lepas mendapat sambutan ramai.

Penerimaan yang baik terhadap lagu dan buah tangan pertamanya itu, Meer Nash, 27 tahun atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kini kembali dengan single terbarunya yang berjudul KAJIMA.

Lagu tersebut merupakan ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Ashraf Nasir. 

Menurut Meer Nash, lagu KAJIMA itu ditujukan khas buat bekas kekasihnya yang telah membuatkan dia melalui satu kehidupan yang sukar. Selama dua tahun, dia berperang dengan perasaan sukar nak ‘move on’.

“Inilah lagu ‘paling gelap’ yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Dengan sedikit elemen seram daripada filem seram KKN, rap dan puisi kanak-kanak. Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea, tarian bagi melepaskan kemarahan,” jelasnya.

Bercerita tentang video music lagu KAJIMA, Meer Nash mengakui  yang dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Namun, dia berharap agar lagu ini dapat dijadikan sebagai kekuatan kepada sesiapa sahaja yang berada di situasi seperti dirinya. 

“Saya berharap dengan adanya lagu ini pendengar boleh belajar yang kita tdak seharusnya mengetepikan apa sahaja perasaan kerana ‘your feeling is valid’. ‘Move on’ yang sebenarnya adalah dengan menghadapi segala kemarahan dan kesedihan. Memang susah, tapi ia adalah apa adanya dan itulah tiket untuk kita ‘move on’,” jelasnya lagi.

Single KAJIMA nyanyian Meer Nash ini boleh didengari dari semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan YouTube Music.

Lirik Lagu KAJIMA

Tak pernah kau mengaku

Senang kau mempersalahkan ku

You think that I can’t live without you

Hey, apa khabar? ku bertanya

Takkan lagi ku diperdaya

Janji manismu tak lagi ku percaya

I brought you up but you let me down

So that’s the end

I don’t want you around

Kenapa telefon masih berdering?

Membuat kepalaku terpusing-pusing

Kenapa kau masih ada disini?

Bukankah kau bilang kau akan pergi?

Stop everything

Take your bags and leave

You’re screaming

가-가-가-가 가지마, 가지마

오-나-나-나-나 어머나, 어머나 나

오-가-가-가-가-가 가지마 가지마 어머나

Kau hanya beriku duka

가-가-가-가 가지마, 가지마

오-나-나-나-나 어머나, 어머나 나

오-가-가-가-가-가 가지마 가지마 어머나

Kau hanya beriku duka

Rasa sayang, eh rasa sayang, 사랑해

Kau buatku duka buatku luka everyday

Kau kembali, apa lagi kau mencari

Kau dah perah segalanya, ku dah bagi

Salah siapa kau merana?

Tak mahuku rasa disiksa, huh

Kenapa telefon masih berdering?

Membuat kepalaku terpusing-pusing

Kenapa kau masih ada disini?

Bukankah kau bilang kau akan pergi?

Stop everything

Take your bags and leave

가-가-가-가 가지마, 가지마

오-나-나-나-나 어머나, 어머나 나

오-가-가-가-가-가 가지마 가지마 어머나

가-가-가-가 가지마, 가지마

오-나-나-나-나 어머나, 어머나 나

오-가-가-가-가-가 가지마 가지마 어머나

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...