Skip to main content

SANTAN AYAMAS KITCHEN PRODUK TERBARU DARIPADA AYAMAS KITCHEN

Santan Ayamas Kitchen | QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) telah memperkenalkan produk santan kotak baharu ‘Santan Ayamas Kitchen’ di bawah jenama keluaran Ayamas Kitchen. QSRT merupakan anak syarikat QSR Brands, pengendali KFC dan Pizza Hut di Malaysia.

“Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu, dan juga kebanyakan hidangan-hidangan kaum lain di Malaysia, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Hari Raya.

Kami mengeluarkan produk ini dengan matlamat untuk memberi lebih banyak lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan santan kotak mereka dengan kualiti yang premium,” kata Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.

Artikel lain: Resepi Ketam Masak Lemak

Ayaman Kitchen

Santan Ayamas Kitchen

“Dengan slogan “Segar & lazat”, santan Ayamas Kitchen dihasilkan melalui Suhu Ultra Tinggi (UHT), justeru tidak memerlukan bahan pengawet. Ia mempunyai 20% kandungan lemak, dan didatangkan dengan rasanya yang unik dan asli, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan Malaysia.

Di samping itu, produk ini bebas kolesterol, tanpa mengandungi asid lemak trans, serta sangat mudah untuk disimpan. Paling utama, produk ini juga memiliki status Halal daripada Majelis Ulamak Indonesia (MUI), yang merupakan badan pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Produk ini boleh didapati dalam pek 200ml berharga RM2.90 sekotak. Ia juga boleh didapati dalam pek karton yang mengandungi 24 kotak santan. Ia akan tersedia di rak di pasarraya besar dan pasaraya utama (di Semenanjung Malaysia) serta platform E-Dagang atas talian mulai 1 Oktober 2022 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my atau www.qsrtmart.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .