Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

6 BAHAYA GULA BERLEBIHAN DALAM BADAN. JANGAN BUAT PASAL!

Gula sememangnya mampu memberikan kebaikan untuk energi tubuh kita. Tetapi, jika diambil dalam kadar yang tak sepatutnya, bahaya gula berlebihan jangan dibuat main-main! Hobi menikmati makanan manis adalah tabiat negatif yang boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan pada badan kita. Jadi, sebab itulah kita jangan menganggap remeh terhadap pengambilan gula berlebihan ini. Ketahui juga cara turunkan gula dalam darah.  [btn text=”KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/8-cara-turunkan-gula-dalam-darah/” target=”_blank”] Berikut beberapa bahaya gula berlebihan yang perlu diberikan perhatian: 1. Buah Pinggang Buah pinggang memainkan peranan penting dalam penyaringan darah kita. Jika kadar gula dalam darah tinggi ia boleh menyebabkan buah pinggang kita terpaksa bekerja secara berlebihan dan boleh menyebabkan kerosakan di kemudian hari. 2. Organ Hati Rosak Hati kita sebenarnya tidak tahan atau kebal terhada...

PETUA MUDAH LEGAKAN BATUK BERKAHAK

Situasi sekarang memang mengundang banyak penyakit khususnya demam, batuk dan selesema. Daripada ketiga-tiga perkara itu, batuk berkahak yang paling menganggu dan sering berpanjangan. Apatah lagi kalau anda terpaksa berada di khalayak ramai dan memang kurang manis bila orang dengar kita buang kahak, kan? Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana. Cuma kenalah ambil langkah untuk meredakan tekak yang gatal tu. PUNCA-PUNCA BATUK BERKAHAK  Apakah punca batuk berkahak? Biasanya ia berlaku kerana adanya inflamasi saluran pernafasan hingga menyebabkan batuk berkahak atau pun batuk kering (tanpa kahak). Bagaimanapun, jika ia berlarutan sebaiknya dapatkan nasihat doktor. Mana tahu mungkin ia berpunca daripada masalah yang lebih serius. Berikut ialah punca biasa masalah batuk: 1. Asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran udara (jerebu) – Jadi jika keluar rumah, pakailah topeng muka. Kurangkan aktiviti luar sekiranya tidak perlu. Jauhkan diri anda daripada orang yang batuk juga. 2. I...

MESTI CUBA! 4 CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN CEPAT

Mempunyai eyebag yang ketara (lingkaran hitam di bawah mata) boleh buat kita nampak lebih tua! Itu yang Mamanet tak nak dan gigih mencari serta mencuba petua atau cara hilangkan eyebag ini.

7 TIPS BELI BAJU BARU SUPAYA TAK MEMBAZIR DUIT

Ada banyak cara untuk lebih berjimat ketika membeli belah terutama bab memborong pakain. Jadi, baca tips beli baju baru ini supaya kita tak membazir duit. Kita pasti pernah mengalami masalah bingung ketika mahu memilih pakaian atau terpaksa membeli sehelai baju yang tak sesuai dengan bentuk badan kita sehingga akhirnya baju tersebut terperap di dalam almari selamanya. Baca juga tips  fesyen orang gemuk nampak kurus . [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT 7 TIPS BELI BAJU YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN SUPAYA KITA JIMAT DAN TIDAK MEMBAZIR DUIT:  THINK OUT OF THE BOX Kita mungkin terus menuju ke bahagian pakaian wanita setiap kali berbelanja di pusat membeli belah. Sebaiknya kita tidak hadkan diri kita untuk ke satu bahagian sahaja. Kadang-kadang ada pakaian atau baju yang sesuai dengan kita di bahagian pakaian lelaki. Bah...

AYUH, BELAJAR MENGHARGAI WAKTU YANG MASIH DIMILIKI

Menghargai waktu! Belajarlah hargai waktu yang masih dimiliki kerana ia cukup berharga dalam kehidupan kita. Waktu akan terus berputar dan waktu yang telah berlalu pergi tidak boleh diulang kembali! Jadi, sebab itulah waktu adalah perkara yang paling berharga dan perlu kita jaga dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kita tidak pernah tahu sampai bila kita akan hidup di dunia ini. Kita juga tidak boleh memastikan bahawa kita akan dapat hidup sampai ke tua nanti. Bila-bila sahaja kematian boleh menjemput kita! Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan supaya kita lebih hargai waktu yang masih kita miliki: 1. Bangun Lebih Awal Bangun lebih awal atau pagi pada setiap hari sangat penting. Jika alarm sudah berdering-dering, jangan sesekali mematikannya dan kembali menarik selimut.Anda pasti akan terlambat nanti!  Jika terlewat bangun sudah pasti kita akan jadi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja dan sebagainya.  Mood kita juga turut akan berubah, sehingga anda menjadi kur...

9 LANGKAH MUDAH NAK MEKAP SIMPLE

Kecantikan semulajadi lebih terpancar apabila kita mengaplikasikan mekap simple. Gaya solekan ini tetap mampu menampilkan kesan awet muda.  Meskipun ringkas, namun penampilan kita tetap akan kelihatan cantik dan elegan. Solekan mata memainkan peranan penting untuk menentukan efek mekap yang diingini. Jika gaya mekap simple yang kita mahukan, mekap yang digunakan juga pada mata perlulah simple juga. Berikut beberapa langkah gaya mekap simple  yang boleh dijadikan panduan: 1. Make Up Base Sebelum melakukan gaya solekan ini, sapukan terlebih dahulu make up base iaitu pelembab dan alas bedak. 2. Bedak Padat Kemudian sapukan bedak padat atau bedak tabur yang warnanya senada dengan alas bedak yang kita pakai tadi. Selain itu, jika ingin lebih mudah, boleh juga kalau kita memakai BB krim yang all in one yang mengandungi pelembab, alas bedak, bedak, pelindung cahaya matahari dan beberapa kandungan lain yang cukup bermanfaat untuk kulit. Jika kulit kita tiada masalah dan bebas dar...

BUANG 5 TABIAT BURUK SUPAYA LEBIH SIHAT!

Membuang tabiat buruk demi menjaga kesihatan diri sangat penting. Apabila badan kita sihat maka segala aktiviti yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar sepertimana yang kita mahukan. Ada banyak cara  yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri dan juga tubuh kita. Selain menjaga pemakanan yang sihat, kita juga perlu menghindari beberapa tabiat buruk atau amalan yang tidak baik supaya kesihatan kita tetap terjaga. Untuk Menjaga Kesihatan Diri Kita Perlu Menghindari Beberapa Rutin Ataupun Tabiat Buruk Ini: 1. Mengorek Telinga Atau Hidung Mengorek telinga atau hidung untuk mengeluarkan segala kotoran dari hidung sememangnya perlu kita lakukan. Namun, janganlah melakukannya sewenang-wenangnya tanpa mencuci tangan sebelum atau selepas membuat aktiviti ini. Ini adalah kerana kuman-kuman yang telah melekat pada jari kita akan menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke dalam rongga hidung dan boleh menyebabkan ekzema. 2. Menutup Mulut Dengan Tangan Ketika Bersin Atau Batuk Ap...