Skip to main content

9 LANGKAH MUDAH NAK MEKAP SIMPLE

Kecantikan semulajadi lebih terpancar apabila kita mengaplikasikan mekap simple. Gaya solekan ini tetap mampu menampilkan kesan awet muda. 

Meskipun ringkas, namun penampilan kita tetap akan kelihatan cantik dan elegan. Solekan mata memainkan peranan penting untuk menentukan efek mekap yang diingini. Jika gaya mekap simple yang kita mahukan, mekap yang digunakan juga pada mata perlulah simple juga.

Berikut beberapa langkah gaya mekap simple  yang boleh dijadikan panduan:

1. Make Up Base

Sebelum melakukan gaya solekan ini, sapukan terlebih dahulu make up base iaitu pelembab dan alas bedak.

2. Bedak Padat

Kemudian sapukan bedak padat atau bedak tabur yang warnanya senada dengan alas bedak yang kita pakai tadi.

Selain itu, jika ingin lebih mudah, boleh juga kalau kita memakai BB krim yang all in one yang mengandungi pelembab, alas bedak, bedak, pelindung cahaya matahari dan beberapa kandungan lain yang cukup bermanfaat untuk kulit.

Jika kulit kita tiada masalah dan bebas daripada bekas-bekas jerawat, tentulah kita akan kelihatan lebih cantik dengan gaya mekap simple ini.

3. Concealer

Jika kulit muka kita bermasalah dengan bekas-bekas jerawat atau banyak bintik-bintik hitam dan juga jeragat, jangan lupa pakai concealer untuk menyamarkannya. Jika ingin kulit muka kita nampak lebih flawless , sapukan lose powder.

4. Kening

Kening berfungsi untuk membingkai muka kita, jadi kita perlu memastikan bentuknya ideal dengan bentuk muka kita.

5. Eye Shadow

Untuk gaya mekap simple, warna eye shadow yang perlu dipilih sebaiknya warn-warna muda dan terang.

Bagi kulit putih atau kuning langsat, pilih eye shadow berwarna pink atau coklat. Manakala jika kulit kita berwarna lebih gelap, eloklah pilih eye shadow berwarna coklat.

6. Eyeliner

Pemakaian eyeliner dapat mengubah penampilan mata kita menjadi lebih besar dan menonjol.

Tarik hujung kulit kelopak mata dengan hujung jari dengan lembut, kemudian lukislah eyeliner mulakan dari bahagian dalam mata hingga kelopak luar. Buatlah hujungnya sedikit melengkung.

7. Maskara

Gunakan penyepit bulu mata untuk melentik dan memanjangkan bulu mata sebelum mengaplikasikan maskara. Aplikasikan maskara nipis-nipis sehingga merata. Apabila bulu mata sudah cukup panjang dan tebal, gunakan maskara jernih atau conditioner bulu mata.

8. Pemerah Pipi

Sapukan pemerah pipi berwarna pink muda atau peach tepat di tulang pipi dengan menggunakan berus. Sapukan pemerah pipi dengan gerakan ke atas ke bawah sehingga warnanya nampak segar di pipi.

9. Bibir

Sapukan lipstik pada bibir untuk menyempurnakan gaya mekap simple. Untuk gaya mekap simple sebaiknya pilih lipstik berwarna pink untuk memberikan kesan natural.

Kredit foto: Sumber Internet

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .