Skip to main content

Posts

SIRI FOLLOW ME GREEN TEA HIJAB

http://www.123mamanet.com FOLLOW ME dengan gembiranya memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab. Rangkaian penjagaan rambut bagi individu berhijab, diinspirasikan budaya Jepun yang dirumus  menggunakan ekstrak semulajadi untuk rambut yang lebih licin, sihat dan segar. Seiring dengan peningkatan ke fasa baharu Pelan Pemulihan Negara dan kembalinya kehidupan ke rutin sebelum ini, ia juga bermakna kita akan menghabiskan lebih masa di luar. Bagi mereka yang berhijab, terdedah pada persekitaran yang panas dan melengas dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada kulit kepala yang gatal dan berbau serta rambut yang lebih kering, seterusnya menyebabkan keguguran rambut. www.123mamanet.com Dengan pemahaman pentingnya penjagaan rambut yang berkesan dan berbaloi, FOLLOW ME memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan Teh Hijau Jepun bagi rambut yang lebih harum selama 48 jam bagi memastikan wanita Malaysia yang aktif dan ceria untuk menjalani kehidupan sepe...

CETAPHIL SKIN HEALTH FESTIVAL RAIKAN PARA PEMINAT PENJAGAAN KULIT

www.123mamanet.com Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit, lantas memberi pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE pada 10 November 2021 jam 8 malam, secara langsung hanya di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee. Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik.  Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin.  Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia. www.123mamanet.com Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “K...

KENALI PERMATA SEBENAR HABIB

www.123mamanet.com Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama HABIB bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kawasan tersebut sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’. Datuk Haji Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling. Bilik pameran pertama HABIB di Pitt Street, Penang Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan. Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan...

CHARMS COSMETIC SKINCARE LANCAR MORPHOSIS 2021

Majlis pelancaran Morphosis 2021 oleh Charms Cosmetic Skincare pada hari ini yang berlangsung secara maya melalui aplikasi Zoom Dan Facebook Live berjalan lancar dan penuh makna. Seramai 220 peserta yang telah mendaftarkan diri untuk program Morphosis 2021. Mereka akan menempuh perjalanan selama 30-hari untuk menjalani siri latihan, yang mana akan dibimbing oleh lebih daripada 12 orang jurulatih perniagaan. Para peserta akan diberikan jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media sosial, laporan dan ulasan pencapaian serta lain-lain lagi. Inisiatif Charms Cosmetic Skincare Ini merupakan salah satu inisiatif Charms Cosmetic Skincare untuk memperkasakan rakyat Malaysia serta melahirkan lebih ramai usahawan. Lebih-lebih lagi di musim pandemik, di mana ramai pekerja yang telah kehilangan peluang pekerjaan. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh pengasas Charms Cosmetic Skincare, Nur Bashirah Hussin, yang dikenali sebagai Mommy ...

TULANG KUAT, ANAK-ANAK PUN CERIA DENGAN SNEK YOGURT Lactel KIDS

Lactel Kids ialah snek yogurt untuk kanak-kanak yang lazat, sihat, dan penuh khasiat. Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat dan menyeronokkan, dan akan digemari oleh anak-anak mereka kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel. Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat, menyeronokkan, dan pasti akan digemari oleh anak-anak mereka, kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel. Boleh didapati dalam pek 100 gram yang menarik dengan gambar-gambar haiwan comel berwarna terang seperti gajah, orang utan dan harimau. Yogurt Lactel Kids boleh didapati dalam perisa kegemaran kanak-kanak, iaitu strawberi, vanila dan pisang. Tiga pilihan perisa ini dibuat dengan puri buah-buahan sebenar tanpa sebarang pemanis tiruan tambahan yang pasti menambat selera si cilik, dan teksturnya yang berkrim dengan jelas menunjukkan khasiat susu yang digunakan untuk membuat yogurt. Selain kelazatan rasanya, Lactel Kids merupa...

MAMA’S CHOICE PERLUAS PASARAN KE MALAYSIA TAWAR PRODUK SELAMAT, SEMULA JADI DAN HALAL UNTUK IBU DAN BAYI

Liku-liku perjalanan kehamilan yang dilalui oleh ibu mengandung termasuk banyak perubahan fizikal dan emosional, dan pelbagai cabaran ­– daripada mabuk hamil dan tekanan darah tinggi kepada keletihan dan perubahan mood. Oleh sebab bayi dalam kandungan terdedah kepada segala yang dialami oleh ibu mereka, ibu-ibu yang mengandung ini bukan sahaja perlu menjaga soal pemakanan tetapi juga mengambil tahu bahan-bahan kimia yang memudaratkan di sekeliling mereka dan dalam produk yang digunakan mereka. Menurut satu kajian keratan lintang yang diterbitkan pada 2020 oleh Institut Penerbitan Digital Berbilang Disiplin atau Multidisciplinary Digital Publishing Institute (MDPI)* dalam keluaran khas jurnal Cosmetics bertajuk Cosmetovigilance: Public Health Perspective (Dari Sudut Kesihatan Awam), pengguna kosmetik di Malaysia kurang pengetahuan tentang keselamatan kosmetik, terutama sekali berkaitan bahan yang digunakan dalam produk kosmetik dan kesan-kesan buruk beberapa produk kosmetik yang biasa d...

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...