Skip to main content

CETAPHIL SKIN HEALTH FESTIVAL RAIKAN PARA PEMINAT PENJAGAAN KULIT

www.123mamanet.com

Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit, lantas memberi pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE pada 10 November 2021 jam 8 malam, secara langsung hanya di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee.

Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik. 

Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin. 

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia.

www.123mamanet.com

Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “Kami perhatikan ramai orang sedang mengalami tekanan hidup dan norma baharu yang mula kita sedari. Objektif kami adalah untuk menyalurkan pengetahuan kepada orang ramai, supaya mereka meningkatkan kesihatan kulit dan melindungi kulit daripada 5 Tanda Kulit Sensitif, iaitu Pelindung Kulit Lemah, Kekeringan, Iritasi, Kekasaran, dan Ketegangan.” 

www.123mamanet.com

Cetaphil Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka telah menjemput perunding dermatologi untuk sesi Q&A menerusi Ask A Derm IG Stories secara mingguan. Ianya diadakan di laman Instagram Cetaphil Malaysia pada setiap hari Jumaat sejak Oktober. Hal demikian telah dilaksana berdasarkan tinjuan Cetaphil Skin Health Survey 2021 yang dijalankan pada April 2021. Seramai hampir 7,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, kebanyakannya mengalami 5 Tanda Kulit Sensitif dan didapati:

62% merasa kepedihan selepas menggunakan alat solek atau produk penjagaan kulit, menandakan pelindung kulit lemah.

73% mengalami kekeringan. Peserta mendapati terdapat tompok-tompok kulit kering yang muncul pada muka, tangan, kaki dan bahagian badan yang lain.

68% memaklumkan kulit mereka mudah mengalami iritasi, kegatalan dan kemerahan.

86% sedar mereka mengalami masalah kulit tidak sekata dan kusam pada sesetengah bahagian muka dan tubuh, dan ini adalah petanda kekasaran pada kulit.

Yang terakhir, 68% merasa kulit menjadi tegang selepas membersih.

Lebih daripada 50% rakyat Malaysia pernah mengalami salah satu tanda kulit sensitif.

www.123mamanet.com

Tambahan pula, para peminat pasti menyedari bahawa DOLLA telah mengambil alih laman rasmi Instagram Cetaphil untuk sesi IG LIVE bersama Dr Liyana. Para peminat amat berpuas hati dengan kemunculan mengejut DOLLA, menjadikan sesi IG LIVE kali pertama Cetaphil Malaysia sebuah perkongsian yang menarik.

Selain itu, lebih daripada 20,000 sampel produk percuma telah diberikan melalui Facebook dan TikTok Cetaphil melalui trivia dan permainan mengenai 5 Tanda Kulit Sensitif. Para peminat penjagaan kulit boleh merasa teruja kerana Cetaphil bersedia memberi promosi seperti diskaun hebat, baucar dan hadiah untuk sesi siaran langsung di masa akan datang.

Galderma dan Cetaphil sedar bahawa untuk memperoleh kulit yang cantik dan sihat bukanlah bergantung kepada produk semata-mata. Sebab itulah, syarikat ini dengan bangganya ingin mengumumkan Clear Skies, sebuah inisiatif impak sosial keberlanjutan dengan komitmen jangka masa panjang demi menuju persekitaran lebih sihat, dengan mengurangkan impak kepada alam sekitar serta menggunakan pembungkusan yang lebih baik.

Selama lebih sedekad, Cetaphil telah maju dalam usaha mengurangkan jejak alam sekitar. Ini menandakan arah tuju global syarikat dalam menerapkan sikap bertanggungjawab di dalam perniagaan seiring matlamat untuk mencapai penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui di kilang miliknya menjelang 2022, dan mempunyai kemudahan pengeluaran karbon neutral.

www.123mamanet.com

Jessica Chan turut berkata, “Pencemaran udara dan air lagi perubahan cuaca faktor persekitaran yang mempengaruhi kulit semua orang. Sebagai peneraju dalam merawat kulit sensitif selama lebih 70 tahun, penting untuk kita peka terhadap keperluan alam sekitar serta memastikan adanya perubahan positif agar pelanggan, pekerja dan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.” 

Untuk maklumat lanjut mengenai Cetaphil Skin Health Festival LIVE pada 10 November jam 8 malam nanti di Facebook dan Shopee, layari completecarewithcetaphil.com  dan ikuti media sosial kami di https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia atau https://www.instagram.com/cetaphilmy/ 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .