Skip to main content

SIRI FOLLOW ME GREEN TEA HIJAB

http://www.123mamanet.com

FOLLOW ME dengan gembiranya memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab. Rangkaian penjagaan rambut bagi individu berhijab, diinspirasikan budaya Jepun yang dirumus  menggunakan ekstrak semulajadi untuk rambut yang lebih licin, sihat dan segar.

Seiring dengan peningkatan ke fasa baharu Pelan Pemulihan Negara dan kembalinya kehidupan ke rutin sebelum ini, ia juga bermakna kita akan menghabiskan lebih masa di luar. Bagi mereka yang berhijab, terdedah pada persekitaran yang panas dan melengas dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada kulit kepala yang gatal dan berbau serta rambut yang lebih kering, seterusnya menyebabkan keguguran rambut.

www.123mamanet.com

Dengan pemahaman pentingnya penjagaan rambut yang berkesan dan berbaloi, FOLLOW ME memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan Teh Hijau Jepun bagi rambut yang lebih harum selama 48 jam bagi memastikan wanita Malaysia yang aktif dan ceria untuk menjalani kehidupan sepenuhnya dengan yakin menggayakan hijab. 

Diinspirasi daripada teknologi Jepun, rangkaian FOLLOW ME Green Tea Hijab adalah seiring dengan etos jenama yang dedikasi terhadap penambahbaikan berterusan. FOLLOW ME sedar bahawa teknologi Jepun merupakan solusi terbaik bagi wanita berhijab untuk menikmati rambut yang bersih dan segar sepanjang hari. 

Jenama ini berharap menerusi rangkaian baharu ini wanita berhijab akan menjalani kehidupan sepenuhnya, tanpa sebarang rasa runsing. FOLLOW ME memanfaatkan khazanah semulajadi dengan menggabungkan ramuan semula jadi dengan formulasi teh hijau. Ramuan utama dalam siri FOLLOW ME Green Tea Hijab ialah habbatus sauda, satu ramuan yang diyakini dan digemari ramai.

Habbatus sauda adalah ramuan ideal untuk mengembalikan pertumbuhan rambut disebabkan kandungan tinggi thymoquinone, sejenis antihistamin sangat kuat yang kaya dengan bahan-bahan yang mengurangkan keradangan, mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit kepala yang baik.

Dikenali sebagai bahan antioksida, teh hijau adalah ramuan sempurna untuk melengkapkan peranan habbatus sauda. Formulasi kedua-dua ramuan berkuasa itu membolehkan FOLLOW ME menangani masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita berhijab. 

www.123mamanet.com
http://www.123mamanet.com

Syampu Hair Fall Solution pH-balanced FOLLOW ME Green Tea Hijab memberi khasiat pada akar rambut bagi memastikan rambut lebih kuat. Dipadankan dengan Perapi Hair Fall Solution, pasangan ini akan memberikan kesan yang menakjubkan bagi mengelak rambut gugur, patah dan hujung bercabang, menghasilkan rambut yang sihat dan licin dengan haruman buah tin yang istimewa.

www.123mamanet.com
http://www.123mamanet.com

Syampu Anti-Itch FOLLOW ME Green Tea mengandungi antioksida teh hijau semulajadi dan ekstrak yang mengawal penghasilan minyak serta merawati kulit kepala sensitif dan gatal. Dengan ini, ia menghasilkan rambut bersih, bersinar, dan melantun dengan haruman buah delima yang memikat. 

www.123mamanet.com

FOLLOW ME juga menyediakan semburan rambut  Anti-Frizz and Soft & Volumizing yang memberi kesempurnaan rambut mudah yang bukan sahaja mengkhasiatkan dan melembutkan rambut, tetapi juga wangi dengan haruman buah-buahan dan bunga yang tahan lama. 

http://www.123mamanet.com

Jadikan rutin penjagaan rambut anda dengan rangkaian FOLLOW ME Green Tea Hijab. Menerusi siri ini, FOLLOW ME memenuhi keperluan pelbagai jenis rambut. Anda pasti dapat menemui rangkaian yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. 

Siri FOLLOW ME Green Tea Hijab boleh didapati di peruncit berhampiran, serta secara dalam talian di Shopee dan Lazada. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://followme.com.my/products/green-tea-hijab/

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .