Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

TIP PADANAN BAJU DAN TUDUNG UNTUK GAYA YANG LEBIH SEMPOI

Padanan baju dan tudung yang dikenakan mampu memberikan gambaran terhadap keseluruhan gaya penampilan kita.   Jadi, sebab itulah kita perlu lebih bijak untuk mensuaipadankan baju dan tudung supaya penampilan kita lebih cantik dan sedap di pandang mata.   Tip Padanan Baju Dan Tudung Untuk Gaya Yang Sederhana Atau Sempoi   Baju Kosong (Polos) Dan Tudung Kosong (Polos) Kombinasi atau padanan baju dan tudung kosong adalah gabungan yang paling selamat. Biasanya kombinasi sebegini mampu memberikan kesan yang sederhana. Cuma, apa yang perlu kita titiberatkan adalah keserasian warna baju dan juga warna tudung. Tudung Kosong Dan Baju Bermotif Biarpun blaus atau baju yang digayakan bermotif, namun jika dikenakan dengan tudung kosong ia tetap menampilkan gaya yang sederhana.   Pilihan motif atau corak baju yang berflora atau abstrak dengan warna lembut boleh dijadikan pilihan. Kombinasi gaya seperti ini mampu menyerlahkan gaya sederhana, namun pastikan warnanya serasi.   A...

KETAHUI 5 PUNCA STRETCH MARK DAN SOLUSI MENGATASINYA

Apa punca munculnya stretch mark (regangan berlebihan pada kulit) pada bahagian tubuh kita seperti di atas perut, paha, payudara dan juga punggung?   Kesan regangan yang pada mulanya berwarna merah jambu atau ungu, lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit seseorang.   Masalah stretch mark ini bukan sahaja dialami oleh wanita mengandung. Jadi, adalah lebih baik jika kita ketahui punca stretch mark dan cara untuk mengatasinya.   Beberapa Punca Stretch Mark   Mengandung Ramai ibu mengandung yang keliru dan beranggapan stretch mark ini muncul disebabkan tabiat suka menggaru di perut atau paha. Sedangkan rasa gatal tersebut timbul sebagai petanda awal munculnya stretch mark.   Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang dikatakan stretch mark. Obesiti Pertambahan berat badan secara mendadak bole...

5 KESALAHAN BESAR BILA KITA PAKAI LIPSTIK

Kuasa lipstik sangat luar biasa. Mana-mana wanita yang pakai lipstik pasti akan nampak lain penampilannya. Lipstik bukan sahaja mampu merubah penampilan, bahkan memanipuasikan wajah wanita yang nampak pucat menjadi lebih berseri dan segar!   Lipstik adalah salah satu produk kecantikan yang wajib dimiliki hampir semua wanita. Namun, ramai di antara kita yang  masih salah dalam mengaplikasikan lipstik.   Berikut Ada Beberapa Cara Untuk Mengatasi Beberapa Kesalahan Pakai Lipstik Sehingga Membuatkan Bibir Rosak:   Tidak Pakai Pelembab Bibir Ramai di antara kita yang tidak melembabkan bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstik.   Untuk memiliki bibir yang nampak segar, selain memperbanyakkan minum air masalah, selalu mengaplikasi pelembab atau primer terlebih dahulu. Membiarkan Bibir Pecah-Pecah Atau Meggelupas Mengaplikasikan lipstik pada bibir yang kering ataupun pecah-pecah boleh membuatkan bibir kering kita semakin parah.   Rawat bibir dengan menggunakan berus...

JOM BERCUTI DI KEDESAAN NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Bercuti tidak semestinya kita perlu pergi jauh-jauh dengan sejuta pelan perjalanan yang sukar untuk direalisasikan. Cubalah rasai keseronokan beriadah dalam suasana desa di Natasya Riverside Resort Gopeng di Kampung Jahang, Gopeng, Perak ini!   Jemputan sempena Program Bersama Media di Natasya Riverside Resort Gopeng oleh usahawan terkenal yang juga pemilik Perwanza Propeties & Trading Sdn Bhd, Dato’ Suhaimy bersama founder Natasya Skincare, Datin Muniroh  tidak dilepaskan begitu sahaja.   Meskipun baru dibuka pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kini 8 unit kabin jenis dua tingkat sedang dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 25 Disember ini.   Natasya Riverside Resort Gopeng Penginapan Yang Cukup Selesa   Di samping mahu menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, mahu juga meninjau dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena ini. Selain itu, turut terdapat 5 buah rum...

6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.   Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.   Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda. Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:   Buah Delima Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.   Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan k...

5 KEBAIKAN BAKAR KALORI DENGAN CARA BERLARI DI TEPI PANTAI

Segala macam penyakit boleh kita atasi dengan berlari. Aktiviti yang cukup mudah dan juga murah seperti berlari atau berjoging di tepi pantai ini mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh.   Selain dapat melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kesihatan dan kesegaran badan, berlari juga dapat merespons pengeluaran hormon dan enzim yang merangsang jantung dan otot untuk bekerja dengan lebih baik lagi.   Berikut Beberapa Kebaikan Berlari Atau Berjoging Di Tepi Pantai: 1. Bakar lebih banyak kalori Berlari ataupun berjoging di tepi pantai ternyata akan membakar kalori dalam badan, 28 peratus lebih banyak.   Ini adalah kerana permukaan tanah berpasir yang kita pijak untuk berlari akan membuatkan kita mengeluarkan lebih banyak tenaga. Jadi, jika kita melakukukannya secara rutin, maka dalam waktu yang singkat kita akan dapat menurunkan berat badan. 2. Baik untuk kesihatan jantung Berlari atau berjoging secara teratur tak kira di tepi pantai ataupun tidak, lebih dari 50 minit dala...

3 Resipi Terkini Cili Tuna Ayam Brand

Anda tentu sudah terdengar mengenai kehadiran Cili Tuna Ayam Brand terbaru di pasaran. Para penggemar tuna pastinya teruja hendak mencuba kepedasan terbaru ini. Berikut adalah tiga resepi yang disediakan oleh Ayam Brand untuk anda cuba sendiri di rumah.   QUICHE  KELAPA DAN TUNA PEDAS (gambar atas) Untuk 4 hidangan   Bahan-Bahan 1 sebuku roti wholemeal, tepi roti dibuang 185 g tin Ayam Brand cili tuna ½ sudu teh serbuk kunyit 2 bawang merah , dicincang 200ml Santan Ayam Brand 2 biji telur, dipukul perlahan garam, secukup rasa   KAEDAH Griskan tempat acuan cupcake/muffin, ratakan kepingan roti dalam setiap lubang acuan dan trim tepi. Panaskan ketuhar pada suhu 180 ° C. Campurkan tuna dengan bahan-bahan lain dan isi cawan roti tersebut. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk dan hidangkan.   KEK TUNA DAN KELEDEK Untuk 4 orang   Bahan-Bahan 185 g cili tuna Ayam Brand 400 g sweet potato/keledek, dikupas dan dikukus atau dibakar 100 g kubis, dihiris...

RANGKAIAN CILI TUNA AYAM BRAND™ KINI LEBIH ‘HANGAT’

Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot.   Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tiHGnggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan.   Kempen ‘We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.   Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu ...

6 SOLUSI MUDAH MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA

Penyebab stress di tempat kerja bagi setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan tahap stress yang dialami. Apapun penyebabnya kita boleh menangani stress di tempat kerja dengan beberapa cara.   Menghilangkan stress di tempat kerja sebenarnya tidaklah serumit yang kita bayangkan. Kita boleh memilih salah satu cara di bawah yang sesuai dengan situasi dan keadaan kita. Lakukan secara rutin sehingga kita boleh bekerja dengan tenang dan seronok.   Berikut Beberapa Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja: 1. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam Cara paling mudah yang boleh kita lakukan di saat stress datang menyerang adalah dengan cara bernafas dalam-dalam. Semasa kita sedang stress, badan kita biasanya akan bernafas lebih cepat daripada kebiasaannya.   Tutup mata dan fokuskan fikiran kita pada nafas yang dibuang melalui mulut kita. Teknik bertenang dan menarik nafas dalam-dalam ini dapat meredakan saraf-saraf otak yang tegang serta mengurangkan tahap stress tersebut. Selain itu,...

6 PUNCA HAID LEWAT SEMINGGU ATAU DUA MINGGU

Ada banyak kemungkinan yang menjadi punca haid lewat seminggu ataupun dua minggu. Kita pasti risau, apatah lagi kalau sebelum ini kedatangan haid kita normal pada setiap bulan. Sudah pasti macam-macam persoalan yang bermain di fikiran kita. Kerisuan mula melanda. Takut-takut ada yang tak kena sehingga mengundang bahaya pada organ peranakan kita. Ataupun, mungkin juga kita mengandung?   Sekiranya kita was-was dengan punca haid lewat ini saling berkait dengan kehamilan, adanya baiknya kita menggunakan alat menguji kehamilan bagi memastikan kebenarannya. Jika keputusan ujian tersebut negatif, hampir 80 peratus menunjukkan bahawa punca haid lewat ini bukan disebabkan kita mengandung dan berkemungkinan ada sebab lain.   Berikut beberapa punca haid lewat atau haid datang tidak menepati tarikh yang sepatutnya:  1.  STRES Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya haid kita. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon str...