Skip to main content

6 PUNCA HAID LEWAT SEMINGGU ATAU DUA MINGGU

Ada banyak kemungkinan yang menjadi punca haid lewat seminggu ataupun dua minggu. Kita pasti risau, apatah lagi kalau sebelum ini kedatangan haid kita normal pada setiap bulan.

Sudah pasti macam-macam persoalan yang bermain di fikiran kita. Kerisuan mula melanda. Takut-takut ada yang tak kena sehingga mengundang bahaya pada organ peranakan kita. Ataupun, mungkin juga kita mengandung?

 

Sekiranya kita was-was dengan punca haid lewat ini saling berkait dengan kehamilan, adanya baiknya kita menggunakan alat menguji kehamilan bagi memastikan kebenarannya.

Jika keputusan ujian tersebut negatif, hampir 80 peratus menunjukkan bahawa punca haid lewat ini bukan disebabkan kita mengandung dan berkemungkinan ada sebab lain.

 Punca Haid Lewat

Berikut beberapa punca haid lewat atau haid datang tidak menepati tarikh yang sepatutnya:

 1. STRES

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya haid kita. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya menghentikan haid kita.

Punca Haid Lewat

2. MASALAH BERAT BADAN

Kelebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen.

 

Keadaan ini menyebabkan haid  kita terganggu seterusnya menjadi punca haid lewat. Biasanya wanita yang berjaya menyelamatkan dirinya daripada masalah obesiti akan mendapatkan kitaran haid yang kembali normal dan  subur.

 

Jika kita terlalu kurus pun boleh membuatkan kitaran haid menjadi tidak normal, tidak teratur dan  mungkin terhenti sama sekali. Keadaan ini dipanggil amenorrhea.

Punca Haid Lewat

3. PENGAMBILAN JAMU ATAU UBAT-UBATAN

Jika kita ada makan ubat, mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan, biasanya kitaran haid kita akan terganggu.

 

Ada beberapa jenis ubat yang mempunyai kesan sampingan yang berkaitan dengan kitaran haid, terutama ubat-ubatan yang mengandungi hormon.

Punca Haid Lewat

 

4. HORMON TIROID

Gangguan pada kelenjar tiroid turut mempengaruhi kitaran haid kita. Kelenjar tiroid biasanya menghasilkan hormon jumlah hormon yang tepat untuk fungsi badan.

 

Kekurangan hormon tersebut boleh menimbulkan gangguan atau masalah lain termasuklah menjadi punca haid lewat. Perubahan frekunsi dan pengaliran darah haid dan tidak datang haid juga boleh disebabkan masalah tiroid.

Punca Haid Lewat

 

5. PRA-MENOPAUSE

Biasanya wanita yang sudah hampir dengan masa menopause akan mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Ianya adalah proses semulajadi daripada usia produktif ke usia non-produktif.

 

Pada ketika ini kitaran haid kita menjadi tidak stabil seperti tidak teratur atau menentu. Kadang-kadang lama, kadang-kadang sekejap. Kadang-kadang banyak dan kadang-kadang sedikit darahnya.

Punca Haid Lewat

6. PENYAKIT KRONIK

Masalah penyakit kronik seperti diabetis juga boleh mempengaruhi kitaran haid. Gula darah yang tidak stabil berkait rapat dengan perubahan hormon. Diabetis yang tidak terkawal boleh membuatkan kitaran haid menjadi tidak teratur.

 

Walau bagaimana pun jika masalah ini berpanjangan, memakan masa berbulan-bulan ataupun anda merasakan tidak ada satupun punca atau penyebab di atas yang sesuai dengan keadaan anda, jangan berdiam diri. Sebaiknya pergilah berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengenal pasti  punca haid lewat.

Punca Haid Lewat

BACA DATANG HAID, 6 CARA UNTUK ELAK BAD MOOD!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .