Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

4 MAINAN PERTAMA BAYI INI BAGUS UNTUK MERANGSANG OTAKNYA

KEPERLUAN BAYI BUKAN PADA SETAKAT CUKUP MAKAN DAN PAKAINYA SAHAJA. OTAKNYA PUN PERLU DIRANGSANG MELALUI MAINAN PERTAMA BAYI YANG SESUAI. Pada usia 2 bulan pertama, bayi tidak memerlukan sebarang alat mainan kerana dia belum mampu memegang sesuatu dan sebaliknya dia memerlukan perhatian ibu bapa sepenuhnya. Sentuhan, dakapan, agahan, ciuman, renungan dan senyuman ibu bapa adalah ‘mainan’ pertama yang paling diperlukan olehnya saat ini. Apabila dia sudah mencapai usia 3 bulan, anda perlulah menggalakkan dia agar meneroka suasana sekeliling dan bermain dengan alat mainan yang merangsang otaknya. Saat ini, anda tidak boleh membiarkan sahaja dia tidur sepanjang hari atau berjaga dan hanya bermain sendirian. Bayi anda sudah boleh bermain dengan tangan dan kakinya sendiri selama beberapa minit. Anda mungkin akan melihat bayi anda ‘bising’ saat dia bermain sendirian. Bahkan air liurnya akan meleleh atau disembur kerana keterujaannya itu. Untuk, anda mempunyai begitu banyak pilihan produk maina...

6 JENIS MASK MUKA DAN FUNGSINYA SEBAGAI SOLUSI MUKA KUSAM YANG PERLU ANDA TAHU

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA ONLINE (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”] SALAH SATU PENJAGAAN WAJAH YANG PALING EFEKTIF ADALAH DENGAN PEMAKAIAN MASK MUKA. Mask muka atau makser wajah mempunyai manfaat untuk mengatasi masalah kulit kusam, berjerawat, kering ataupun kulit muka bertompok-tompok. Sebenarnya masih ramai di antara kita yang malas melakukan penjagaan kulit muka dengan memakai masker wajah.Padahal, ia sangat bagus dan memberikan banyak kebaikan pada kulit muka kita. Bagi yang mempunyai kulit muka jenis kering dan sensitif, mask muka ini dapat memberikan manfaat untuk melembabkan sekaligus menenangkan kulit muka. JANGAN TAHU BELI DAN PAKAI SAHAJA!   JOM KENALI JENIS MASK MUKA ATAU MASKER MUKA TERLEBIH DAHULU 1. MASKER PEEL-OFF Biasanya apabila kita pakai mask muka jenis gel ini, muka tidak perlu dibilas selepas memakainya. Ketika dilekatkan ke muka ki...

6 SENAMAN RINGAN SOLUSI KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

SIAPA YANG NAK PERUT BUNCIT DAN LEMAK MENGGELAMBIR DI SANA-SINI, KAN? JANGAN RISAU, ADA BANYAK CARA YANG BOLEH DICUBA UNTUK MENGEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT DAN MELAKUKAN SENAMAN RINGAN ADALAH SALAH SATU SOLUSINYA! Kawasan perut adalah tempat di mana lemak paling banyak menimbun. Ini adalah kerana otot-otot pada bahagian tersebut jarang digunakan dan aktif sehingga pembakaran lemak dan kalori yang berlaku di situ sangat sedikit. Bersenam dan berdiet adalah perkara penting untuk mengempiskan perut buncit yang kita miliki. Namun, kesibukan atau rutin harian yang padat membuatkan sebahagian daripada kita jarang bersenam. Nah… solusi senaman ringan mengempiskan perut buncit dengan berkesan dan cepat tanpa membuang banyak masa kita. Cuba ok! 6 JENIS SENAMAN RINGAN PALING BERKESAN DAN CEPAT UNTUK MENGEMPISKAN PERUT SIT UP Sejak dahulu lagi sit up sudah dianggap sebagai senaman mengempiskan perut. Cuba luangkan waktu selama 15 minit selepas bangun tidur untuk melakukan senaman ringan ini. Ketik...

4 PILIHAN SERUM UNTUK RAMBUT SOLUSI KEROSAKAN RAMBUT AGAR KEMBALI SIHAT DAN BERSINAR

SERUM UNTUK RAMBUT ADALAH SOLUSI SEBENAR MASALAH RAMBUT. PAKAILAH APA PUN SYAMPU, KALAU ANDA TAK PAKAI SERUM, RAMBUT ANDA TIDAK AKAN ADA PERUBAHAN. Berbeza dengan produk penjagaan rambut yang lain, pemakaian serum untuk rambut sangat efektif untuk mengatasi kerosakan rambut. Apatah lagi kerosakan yang disebabkan oleh panas matahari dan kepanasan daripada peralatan rambut seperti pengering rambut, pelurus rambut serta  pengulung rambut yang membuatkan rambut menjadi lebih kering, bercabang atau pecah-pecah. CARA BETUL BILA PAKAI SERUM RAMBUT Serum hanya boleh dipakai pada rambut dan bukannya kulit kepala. Menyapu serum di kulit kepala hanya akan membuatkan rambut jadi lebih berminyak sehingga cepat kotor dan meleper. Untuk mendapatkan hasil terbaik, sapukan serum ketika rambut kita setengah basah. Jika kita mempunyai rambut jenis berminyak, sebaiknya jangan terlalu banyak memakai serum keran ia akan membuatkan rambut kita kelihatan leper dan melekit. BERIKUT BEBERAPA MANFAAT YANG BOLEH ...

RESEPI SANDWICH SARDIN SUPER ENAK UNTUK SARAPAN PAGI

SANDWICH SARDIN BOLEH DIJADIKAN PILIHAN YANG TEPAT UNTUK SARAPAN PAGI. BUKAN SEKADAR UNTUK MENGISI PERUT DI PAGI HARI, TETAPI HIDANGAN INI BOLEH MENJADI SUMBER ENERGI MENEBARKAN SEMANGAT KITA UNTUK JADI LEBIH PRODUKTIF! Apa yang menarik, kini penggemar sajian ikan hanya perlu membuka setin rangkaian sardin atau mackerel Ayam Brand™ untuk mendapatkan khasiat ikan yang sihat di dalam diet mereka dan elak keremehan mencuci, menyiang dan sebagainya. Sardin dan mackerel Ayam Brand™ menggabungkan keenakan hidangannya dengan khasiat Omega-3 untuk kita yang aktif dan memerlukan sajian yang siap dimakan dengan mudah, versatil dan berkhasiat. Ia adalah antara pilihan snek dan sajian yang mengandungi khasiat Omega-3, kalsium serta protein yang tinggi. Sardin dan mackerel Ayam Brand™ diperolehi dari lautan sejuk untuk ikannya yang mengandungi kandungan minyak sihat seperti Omega-3 yang lebih tinggi. Bahkan dagingnya juga lazat dan enak. Ia kemudian ditinkan dengan pantas dengan menggunakan teknolo...

KONGSI PENGALAMAN DATANG HAID DALAM KEMPEN ‘LET’S GET REAL’ LIBRESSE®

SEMBILAN DARIPADA 10 WANITA BERSETUJU BAHAWA IKLAN MENGENAI PENGALAMAN DATANG HAID MESTILAH LEBIH REALISTIK APABILA DITANYA OLEH LIBRESSE® MENGENAI IKLAN TUALA WANITA? Libresse® melancarkan kempen “Let’s Get Real” supaya wanita boleh berkongsi pendapat mengenai iklan dan pengalaman datang haid mereka. Adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan? Masihkah anda ingat iklan-iklan wanita sedang datang haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian putih? Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang datang haid?         Biasanya kita tidak boleh mengenal pasti ketidakpekaan terhadap sesuatu melainkan ia diberitahu oleh seseorang. Jadi, bagaimanakah ketidakpekaan yang hadir dalam iklan/komersial TV mengimpak kita? APAKAH YANG DIGAMBARKAN SEBAGAI “REALITI” DALAM IKLAN TUALA WANITA DAN PENGALAMAN DATANG HAID MEREKA ITU BENAR? ...

MENCEGAH KETIAK HITAM, DI SINI ADA 7 SOLUSI PALING BERKESAN!

MENCEGAH KETIAK HITAM MUDAH SAJA KALAU KITA RAJIN BERUSAHA. MACAM JUGA CARA PUTIHKAN MUKA , KETIAK KITA PUN BOLEH CERAH KALAU KENA CARANYA.  Namun, biarpun kita berusaha untuk memutihkan ketiak, namun kita tetap perlu menitik beratkan soal mencegah daripada ia hitam kembali supaya usaha kita itu tidak sia-sia! Jadi, jangan culas ya! 7 SOLUSI MENCEGAH KETIAK HITAM YANG PATUT ANDA TAHU! 1. ELAKKAN MENCUKUR BULU KETIAK Mencukur bulu ketiak boleh mengakibatkan iritasi pada kulit ketiak. Perkara ini akan membuatkan kulit berubah warna menjadi lebih gelap apabila dilakukan secara berulang kali. Apatah lagi jika cara kita mencukur itu salah. Kulit ketiak sangat sensitif dan kita perlu berhati-hati ketika mencukurnya. Proses pencukuran yang salah dan kasar boleh menyebabkan kerosakan pada kulit ketiak dan menyebabkannya menjadi hitam. Jika kita sememangnya ingin menghilangkan bulu ketiak, teknik waxing lebih disarankan kerana ia menghilangkannya sehingga ke akarnya. Sungguhpun begitu, teknik i...