Skip to main content

MENCEGAH KETIAK HITAM, DI SINI ADA 7 SOLUSI PALING BERKESAN!

MENCEGAH KETIAK HITAM MUDAH SAJA KALAU KITA RAJIN BERUSAHA. MACAM JUGA CARA PUTIHKAN MUKA, KETIAK KITA PUN BOLEH CERAH KALAU KENA CARANYA. 

Namun, biarpun kita berusaha untuk memutihkan ketiak, namun kita tetap perlu menitik beratkan soal mencegah daripada ia hitam kembali supaya usaha kita itu tidak sia-sia! Jadi, jangan culas ya!

mencegah ketiak hitam

7 SOLUSI MENCEGAH KETIAK HITAM YANG PATUT ANDA TAHU!

1. ELAKKAN MENCUKUR BULU KETIAK

Mencukur bulu ketiak boleh mengakibatkan iritasi pada kulit ketiak. Perkara ini akan membuatkan kulit berubah warna menjadi lebih gelap apabila dilakukan secara berulang kali.

Apatah lagi jika cara kita mencukur itu salah. Kulit ketiak sangat sensitif dan kita perlu berhati-hati ketika mencukurnya. Proses pencukuran yang salah dan kasar boleh menyebabkan kerosakan pada kulit ketiak dan menyebabkannya menjadi hitam.

Jika kita sememangnya ingin menghilangkan bulu ketiak, teknik waxing lebih disarankan kerana ia menghilangkannya sehingga ke akarnya.

Sungguhpun begitu, teknik ini tidak digalakkan dibuat secara kerap kerana ia boleh meninggalkan kesan dalam penipisan kulit ketiak.

mencegah ketiak hitam

2. HADKAN PEMAKAIAN DEODORAN

Partikel-partikel kimia yang terdapat dalam deodoran boleh menimbulkan tindak  balas peradangan pada ketiak. Ia akan membuatkan kulit ketiak menjadi hitam.

Jika perlu juga memakai deodoran, pilihlah deodorant antiperspirant yang mengandungi asid linolenat daripada biji bunga matahari bagi memutihkannya.

MUNGKIN INI DEODORAN YANG ANDA CARI:

Avon Far Away Roll-on Anti-Perspirant Deodorant

Gillette Endurance Antiperspirant and Deodorant

Colourheal Lady Speed Stick Antiperspirant Deodorant

mencegah ketiak hitam

3. HINDARI TEKNIK ELEKTROLISIS

Kebelakangan ini teknik elektrolisis menjadi salah satu pilihan untuk meghilangkan bulu, sama ada di kaki, tangan mahupun ketiak.

Teknik ini memang boleh menghilangkan bulu-bulu secara berkesan, tetapi mempunyai efek hiperpigmentasi atau membuatkan kulit menjadi lebih gelap.mencegah ketiak hitam

4. KUAT BERPELUH

Ketiak hitam boleh disebabkan olehhh kita terlalu kuat berpeluh. Apabila berpeluh, bersihkan ketiak dan jangan biarkan ketiak terlalu lama basah atau lembab. Bersihkan ketiak daripada peluh.

Jika ketiak sering berpeluh adalah lebih baik jika kita mengeringkannya dengan tisu, sapu tangan atau tuala.mencegah ketiak hitam

5. BERSIHKAN KETIAK KETIKA MANDI

Untuk mencegah ketiak hitam jangan lupa membersihkannya ketika mandi. Setiap kali mandi, bersihkan ketiak dengan bersih supaya sisa-sisa deodoran, bedak ataupun kekotoran dapat dihilangkan.

mencegah ketiak hitam

6. LULUR DENGAN SKRUB BADAN, SABUN PEMUTIH MUKA ATAU BAHAN SEMULA JADI

Antara penyebab ketiak hitam adalah disebabkan pengumpulan sel kulit mati. Sebaiknya bersihkan sel kulit mati tersebut dari kulit ketiak agar sel kulit mati digantikan dengan yang baru.

Cubalah cara mencegah ketiak hitam dengan memakai lulur body scrub daripada bahan semulajadi seperti lemon atau limau nipis, susu, madu dan yoghurt. Lakukan dengan berhati-hati supaya lapisan kulit dan liang pori-pori pada ketiak tidak rosak.mencegah ketiak hitam

7. CABUT BULU KETIAK

Cara paling konvensional tetapi selamat ialah dengan mencabut bulu ketiak satu persatu. Memang meletihkan tetapi anda boleh lakukan sehari demi sehari. Bulu pun akan lambat tumbuh semula. Ketiak pun tidak hitam kerana kurang iritasi. 

Pastikan jangan pakai sebarang deodoran dalam tempoh 24 jam selepas mencabut bulu ketiak untuk mengelakkan iritasi.

mencegah ketiak hitam

Itulah sebahagian daripada penyebab ketiak hitam dan berbau. Semoga artikel solusi mencegah ketiak hitam, bermanfaat untuk semua.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...