Skip to main content

4 PILIHAN SERUM UNTUK RAMBUT SOLUSI KEROSAKAN RAMBUT AGAR KEMBALI SIHAT DAN BERSINAR

SERUM UNTUK RAMBUT ADALAH SOLUSI SEBENAR MASALAH RAMBUT. PAKAILAH APA PUN SYAMPU, KALAU ANDA TAK PAKAI SERUM, RAMBUT ANDA TIDAK AKAN ADA PERUBAHAN.

Berbeza dengan produk penjagaan rambut yang lain, pemakaian serum untuk rambut sangat efektif untuk mengatasi kerosakan rambut.

Apatah lagi kerosakan yang disebabkan oleh panas matahari dan kepanasan daripada peralatan rambut seperti pengering rambut, pelurus rambut serta  pengulung rambut yang membuatkan rambut menjadi lebih kering, bercabang atau pecah-pecah.serum untuk rambut

CARA BETUL BILA PAKAI SERUM RAMBUT

Serum hanya boleh dipakai pada rambut dan bukannya kulit kepala. Menyapu serum di kulit kepala hanya akan membuatkan rambut jadi lebih berminyak sehingga cepat kotor dan meleper.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, sapukan serum ketika rambut kita setengah basah. Jika kita mempunyai rambut jenis berminyak, sebaiknya jangan terlalu banyak memakai serum keran ia akan membuatkan rambut kita kelihatan leper dan melekit.

BERIKUT BEBERAPA MANFAAT YANG BOLEH DIPEROLEH  BILA KITA PAKAI SERUM RAMBUT

  • Melindung Dari Sinaran UV

Sinaran UV matahari mampu membuat rambut kita rosak. Penggunaan syampu tidak mencukupi untuk melindungi rambut.

Penggunaan serum amat sesuai sebagai pelindung  teriknya panas matahari.

  • Merawat Rambut Rosak

Serum rambut sememangnya lebih baik malah lebih efektif dalam merawat kerosakan rambut.

Kerosakan rambut yang dimaksudkan itu biasanya disebabkan oleh cahaya matahari, penggunaan pengering rambut, rambut bercabang dan kering.

  • Melembapkan Rambut

Penggunaan serum secara tidak langsung dapat melembapkan rambut. Walaupun penggunaan serum rambut ini khusus untuk rambut yang rosak, namun tidak salah untuk diamalkan kerana kelembapan yang sesuai amat perlu dalam menjamin kesihatan rambut supaya nampak sentiasa sihat dan tidak kering.

Rambut yang kering sangat mudah untuk rosak dan terdedah pada ancaman rambut bercabang.

  • Memberi Kesan Lurus Pada Rambut

Rambut yang kusut masai, tidak terurus dengan baik serta kusam boleh kelihatan seolah-olah lurus kembali selepas memakai serum ini. Serum mampu membuatkan rambut nampak sihat dan lebih terurus.
serum untuk rambut

INI PULA 4 PILIHAN TERBAIK SERUM UNTUK RAMBUT YANG BOLEH DICUBA:

  1. MATRIX BIOLAGE DEEP SMOOTHING SERUM

Jika kita sering mengalami masalah rambut yang sukar didandan dan sering kusut, solusi terbaik adalah menggunakan Matrix Biolage Deep Smoothing Serum secara teratur.

Vitamin rambut ini mampu melindungi rambut dari cuaca panas dan lembap sehingga kelembutan rambut kita tetap terjaga.

Kandungan minyak kamelia di dalam serum untuk rambut ini menjadi pelembab semulajadi rambut dan membuatkan rambut kita yang kusut menjadi lebih mudah didandan.serum untuk rambut

  1. GREEN ANGELICA ANTI DHT SERUM

Green Angelica Anti Dht Serum sangat pantas menutrisikan rambut dan juga memberikan vitamin pada rambut.

Ini adalah kerana serum Green Angeica ini mudah meresap pada kulit kepala. Vitamin rambut semulajadi Green Angelica ini mampu menghalang pengeluaran hormone Dehydrotestosteron(DHT) supaya proses pertumbuhan rambut kita menjadi lebih cepat.

Antara kebaikan memakai

Green Angelica Anti Dht Serum ialah dapat melembutkan rambut, mencegah kerosakan rambut serta membuatkan rambut kita jadi lebih bersinar.

serum untuk rambut
KLIK GAMBAR DAN TEMPAH SEKARANG!

  1. L’OREAL MYTHIC OIL LOREAL HAIR SERUM NOURISHING

Ketika keadaan rambut terlalu kering, solusi terbaik adalah dengan melakukan perawatan rambut dengan menggunakan serum untuk rambut daripada L’oreal ini.

Serum ini sangat bagus untuk mengatasi masalah rambut kering, mencegah rambut leper dan juga membuatkan rambut kita nampak lebat serta bersinar.

L’oreal Mythic Oil Loreal Hair Serum Nourishing juga memberikan aroma yang harum pada rambut kita walaupun dengan sedikit sapuan.

serum untuk rambut
KLIK GAMBAR DAN TEMPAH SEKARANG!

  1. ETUDE HOUSE SILK SCARF HOLOGRAM HAIR SERUM

Serum rambut daripada Etude House,  ini berbentuk hair mist. Mengandungi vitamin yang mampu melembabkan rambut sehingga rambut nampak bersinar.

Kebaikan serum Etude House ini dapat menjaga kesihatan rambut, menutrisikan rambut kita dari dalam serta mencegah kerosakan rambut. Selain itu aroma segar dan wangi membuatkan rambut kita menjadi lebih harum.

 serum untuk rambut

Itulah beberapa jenis serum rambut terbaik yang disarankan untuk anda. Sebelum membeli, ketahui dahulu kepentingan serta keperluan dan pilihlah serum untuk rambut yang betul-betul sesuai untuk mengatasi permasalahan rambut nipis hinggalah rambut bercabang.

 Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Mengenai Cara Menghilangkan Kutu dan Telur Pada Rambut

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...