Pameran Barangan Kemas tempatan terulung di Malaysia, HABIB (dahulu Habib Jewels), mula mengorak langkah dengan melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa buat pertama kali yang menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka.Bertempat di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022, sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut. Istimewanya pameran ini adalah jenama-jenama yang dipamerkan berada di satu lokasi sekaligus memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah untuk melihat pelbagai barangan berjenama termasuk aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit. Barangan Kemas Pencetus Fesyen Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Kita hidup dalam masa paling hebat dalam sejarah di mana kadar jenayah dan kemiskinan adalah yang paling rendah setakat ini. Pada masa yang sama, pelbagai kemajuan telah dicapai termasuklah dari segi teknologi dan kesihatan. Sel...