Skip to main content

ANTABAX DAN R.E.A.L KIDS BERGANDING UNTUK MENGURANGKAN PENYEBARAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes  yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.

HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut. 

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil? Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.

“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. 

Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan .

Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. 

Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia. 

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan.

Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan .”

Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara.

Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.    

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/ dan di Instagram https://www.instagram. com/antabax.

Semoga penyakit kaki, tangan dan mulut ini dicegah dengan sebaik mungkin. So sama-samalah kita menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...