Skip to main content

BIO-LIFE ANJUR CABARAN IMUNITI 21 HARI GOOD HEALTH BY YOURSELF DAN MENANGI HADIAH-HADIAH TERKUMPUL BERNILAI LEBIH RM46,000!

BiO-LiFE menjemput warga Malaysia sertai Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself dan menangi hadiah-hadiah terkumpul bernilai lebih RM46,000!

Apabila dunia dilanda dengan pandemik COVID-19, terdapat ramai nyawa telah terkorban akibat virus maut tersebut. Oleh sebab itu, orang ramai kini lebih sedar akan kepentingan untuk mengekalkan sistem imun yang kukuh dan lebih kuat, sama ada melengkapkan diri dengan perlindungan yang lebih baik atau dengan menjaga kesihatan mereka dengan lebih sempurna.

Mengamalkan tabiat sihat dapat membantu membina sistem imun yang lebih kuat. Imun yang kuat bertindak sebagai “perisai” untuk mempertahankan badan daripada sebarang serangan virus. 

Tabiat kesihatan yang baik termasuklah mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrien mikro, bersenam atau kekal aktif secara fizikal dengan kerap dan juga memperuntukkan masa untuk berehat dan menghilangkan tekanan. 

Walau bagaimanapun, semua ini lebih mudah untuk diucapkan daripada dilakukan. Mengamalkan tabiat ini secara konsisten dalam jangka masa yang panjang mungkin sukar bagi sesetengah orang.

BiO-LiFE, sebuah syarikat penjagaan kesihatan semula jadi dan holistik yang telah bertapak lebih 30 tahun di Malaysia, menjemput 

warga Malaysia untuk bangkit bersama-sama dengan Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself (GHBY)!

Melalui cabaran ini, BiO-LiFE berharap dapat membantu lebih ramai warga Malaysia untuk memahami kepentingan hidup sihat agar kita dapat membina sistem imun yang lebih kuat dalam menghadapi ancaman berterusan daripada virus yang mudah berjangkit dan sentiasa berubah. 

Lebih-lebih lagi, bagi peserta yang paling kreatif melengkapkan cabaran ini akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah terkumpul bernilai lebih RM46,000!

Balaji Rajagopal, Pengurus Besar MEGA BiO-LiFE Malaysia & Singapura menyatakan hasrat syarikat di sebalik pengenalan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari  “Sejak kebelakangan ini, imuniti merupakan sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah.

Dengan begitu banyak risiko di sekeliling kita, adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan dan menguatkan imuniti supaya kita sentiasa dapat dilindungi. Melalui cabaran ini, kami mengambil peluang untuk menggalakkan warga Malaysia supaya sentiasa aktif, kekal sihat dan mengoptimumkan imuniti mereka!”

“Pakar mengatakan bahawa manusia mengambil masa 21 hari untuk membentuk sesuatu tabiat. Dengan mencabar diri sendiri untuk berpegang kepada rutin baharu selama 21 hari, kita mungkin dapat keluar dari zon selesa, bahkan juga mengamalkan gaya hidup baharu dan lebih baik sekiranya tabiat tersebut dapat menyumbang kepada imuniti kita!

Sama ada bersarapan setiap hari, berjalan 10,000 langkah sehari atau mengurangkan setengah jam masa skrin setiap hari – cuma pilih satu cabaran yang paling sesuai dengan matlamat anda! Walaupun dengan diri sendiri, adalah tidak mustahil untuk membuat perubahan dan menikmati kesihatan yang baik,” sambung Balaji Rajagopal.

Mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2022, buatlah janji untuk mencapai matlamat melalui Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari BiO-LiFE!

Hanya pilih satu cabaran kesihatan daripada salah satu kategori (diet, aktiviti fizikal atau gaya hidup) dan kongsikan kemajuan anda dalam tempoh 21 hari di media sosial berdasarkan garis masa di bawah:

Hari 1 – Permulaan

Kongsikan cabaran peribadi anda dengan kad jemputan yang akan dihantar selepas mendaftar dalam talian. Galakkan rakan dan keluarga anda untuk menyertai bersama!

Hari 7 & 14 – Kemas kini kemajuan

Kongsikan pendapat anda tentang cabaran anda setakat ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video.

Hari 21 – Kesimpulan

Cabaran tamat! Kongsikan hasil akhir dan apa-apa yang ada dalam fikiran anda selepas menyelesaikan cabaran, seperti perubahan yang anda perhatikan dan sama ada anda bercadang untuk meneruskan tabiat sihat ini.

Pastikan hantaran yang berkaitan dengan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari BiO-LiFE memenuhi kriteria berikut:

Siaran media sosial didedahkan kepada umum dan dikongsi melalui Facebook dan/atau Instagram;

Tag BiO-LiFE di Facebook @biolifemarketing dan Instagram @biolifemy dengan hashtag #21dayschallenge #MegaBiolifeGHBY #takechargeofyourwellness

Tambahkan templat pelekat yang anda terima dalam e-mel pengesahan pada foto atau video anda sebelum menyiarkannya melalui laman sosial anda.

Paling penting, 300 orang peserta pertama yang menamatkan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari adalah pemenang! Walau bagaimanapun, untuk menjadikan cabaran ini lebih menarik, siaran paling kreatif berpeluang memenangi hadiah-hadiah tambahan yang berjumlah lebih daripada RM46,000: 

Hadiah Utama (5 pemenang)

Penginapan 3H2M di Langkawi Bella Vista Waterfront bernilai RM810 (Suite Bella Vista, termasuk sarapan pagi dan 2x tiket masuk dewasa ke Splash Out Langkawi)

Hadiah Istimewa  (50 pemenang)

Pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM50

Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Immune

Hadiah Saguhati (100 pemenang)

Pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM30

Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Immune

Hadiah Penyertaan (untuk peserta yang melengkapkan cabaran 21 hari, terhad kepada 300 peserta terawal sahaja)

Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Nat B Fizzy

1 pingat istimewa

Daftar untuk Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself BiO-LiFE

Mulakan di sini : http://biolife.2.vu/21Dsignup

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Bio-Life Malaysia https://www.facebook.com/biolifemarketing

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .