Sebagai wanita dah tentulah kenal dengan jenama pakaian dalam wanita yang satu ini. sloggi, menjadi salah satu jenama bra yang mampu memenuhi keperluan wanita dengan produknya yang berkualiti. Jika anda pencinta setia jenama ini, pasti tahu betapa selesanya memakai koleksi sloggi ZERO Feel yang serupa kulit itu. Yang bestnya, sekarang ini ia telah dikemaskini dengan sentuhan feminin. Anda boleh memilikinya dalam tiga pilihan warna iaitu Indian Summer, Angora dan Hitam. Terdapat dalam empat gaya iaitu pakaian dalam gaya racer back, bralette bentuk leher V, bandeau tidak bertali dan seluar dalam jenis brief berpinggang tinggi. UTAMAKAN KESELESAAN Keselesaan kita yang memakainya menjadi perkara utama buat sloggi. Bagi menjamin keselesaan tersebut, ZERO Feel Lace menggunakan inovasi teknologi yang unik untuk menghasilkan kelembutan, keregangan 360 darjah dan kebebasan untuk bergerak. Malahan, kemasan tidak berkelim dengan teknologi dot-bonding menghalang penandaan dan kerengsaan ...