Skip to main content

ADA MASALAH BAU BADAN?CUBA 5 CARA CEPAT DAN BERKESAN NI!

bau badan

Eee…busuknya. Bau apa yang tengik ni? Malu sebab badan berbau? Ingin tahu cara hilangkan bau badan busuk dengan solusi yang paling mudah serta berkesan? Baca artikel ini sampai habis!

Bau badan termasuk dalam masalah klasik yang sering  menjadi keluhan sebahagian orang. Namun, bagi anda yang mengalami masalah ini, jangan terlalu stress memandangkan stress atau tekanan emosi juga boleh membuatkan badan kita mengeluarkan bau yang tidak sedap.

Di samping itu, untuk hilangkan bau badan kita perlu menjaga kebersihan tubuh kita supaya tidak menimbulkan bau yang tidak sebab disebabkan masalah peluh yang berlebihan. Lagipun mana ada orang yang sanggup duduk lama-lama berdekatan dengan kita kalau badan kita berbau busuk.

BERIKUT INI 5 CARA HILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT:

masalah bau badan

JANGAN MALAS MANDI

Adakalanya kita rasa liat atau malas untuk menyentuh air. Lebih-lebih lagi kalau hari hujan, rasa nak terus berbaring dan bergulung di dalam selimut.

Tapi, kita patut tahu mandi 3 kali sehari itu perlu untuk hilangkan bau badan yang tidak menyenangkan itu.

Dengan mandi, semua peluh atau bakteria yang melekat pada badan akan hilang. Bahkan badan kita juga akan menjadi lebih segar.

PAKAILAH DEODORAN/ANTIPERSPIRANT ATAU MINYAK WANGI

Tak adalah salahnya pun kalau kita pakai deodoran/antiperspirant atau minyak wangi ketika berada di rumah. 

Deodoran boleh digunakan untuk hilangkan bau badan, namun tidak mampu membantu mengurangkan keluarnya peluh. Manakala antiperspirant  merupakan produk yang mampu menghalang keluarnya peluh yang perlebihan.

masalah bau badan

MANDI LULUR SECARA RUTIN

Memanjakan diri sendiri tu penting. Kalau ada bajet lebih, pergilah ke salun atau spa.  Sekiranya tak ada bajet lebih, buat lulur sendiri pun tak ada masalah.

Lulur mawar, lulur susu kambing ataupun lulur teh hijau mampu menghilangkan masalah bau badan. Ketika berlulur, jangan abaikan pada lipatan-lipatan kulut yang boleh menimbulkan masalah bau badan seperti di ketiak.

Luluran tersebut dilakukan supaya sel-sel kulit mati terangkat dan dapat menghindari dari masalah bau badan. Untuk mencegah timbulnya bau badan, berlulurlah secara rutin dua kali seminggu.

BACA JUGA: 5 CARA DIET YANG SALAH, BUAT ANDA TAK KURUS!

PAKAI BAJU YANG LONGGAR, TIDAK KETAT DAN MATERIAL MENYERAP PELUH

Baju ketat boleh membuatkan badan kita tidak bernafas dan menjadi lebih mudah berpeluh. Jadi, sebaiknya pilihlah pakaian yang longgar dan benar-benar buat kita rasa selesa.

Di samping itu, peluh yang keluar juga pasti akan melekat pada pakaian yang kita pakai.Boleh jadi juga pakaian tersebut menjadi penyebab utama badan kita berbau selama ini. Jadi, sebab itulah pentingnya kita memilih material yang mampu menyerap peluh dengan baik.

HINDARI MAKANAN PENYEBAB BAU BADAN

Ternyata ada banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan bau badan ataupun bau ketiak. Antaranya daging merah, bawang putih, rempah ratus, makanan pedas, makanan segera dan juga produk olahan dari susu.

Selain itu, minuman keras dan juga kafein boleh menyebabkan bau badan yang tidak sedap. Kafien yang terdapa di dalam kopi akan menstimulasikan sistem saraf pusat kita yang membuatkan kelenjar peluh menjadi lebih aktif.

Selain itu, kopi juga merupakan sejenis minuman yang boleh membuatkan mulut kita menjadi kering. Ketika mulut kekurangan air liur, maka bakteria di dalam mulut akan jadi bertambah dan menghasilkan sulfur yang boleh menimbulkan bau mulut serta merangsang bau badan.

Itulah beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab dan cara hilangkan bau badan sebaiknya kita ketahui. Semoga artikel  ini bermanfaat untuk semua yang mempunyai masalah bau badan.

Kredit Photo: Google

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .