Skip to main content

12 CARA BERKESAN MENCEGAH RUAM LAMPIN PADA BAYI

Bagi yang ada anak kecil pasti pernah berhadapan dengan masalah ruam lampin. Biarpun ruam lampin ini bukan masalah yang terlalu serius, tapi jika tidak diatasi ia tetap menganggu keselesaan bayi. Silap hari bulan, bayi anda cenderung menjadi lebih meragam!

Ruam lampin merupakan peradangan pada kulit bayi di kawasan yang tertutup dengan lampin. Biasanya terjadi di celahan paha, di bahagian bawah getah lampin, sekitar alat kelamin dan punggung.

Cara Terbaik Mencegah Ruam Lampin Pada Bayi  

1. Jangan lupa cuci tangan anda sebelum dan selepas anda menukar lampin bayi.

2. Cepat-cepatlah tukar lampin bayi yang dah basah dan lakukan sekerap yang mungkin, jangan tunggu sampai ‘lenjun’ sehingga tembus.

3. Ruam lampin boleh disebabkan oleh bakteria yang terdapat di dalam air kencing atau najis.

4. Bersihkan seluruh bahagian kulit yang sering tertutup sampai ke pinggang terutama ketika menukar lampin bayi.

5. Jangan biarkan bayi sentiasa memakai lampin. Kulit bayi juga memerlukan peredaran udara yang baik supaya boleh bernafas.Semakin kerap kulit bayi bebas daripada lampin dan kena udara, risiko ruam bayi juga akan jadi semakin berkurangan.

cara mencegah ruam lampin

6. Selepas siap membersihkannya, lap kulit bayi sampai kering sebelum memakai lampin bayi yang baru.

7. Pakaikan lampin bayi yang lebih besar sepanjang masa penyembuhan ruam tersebut.

8. Jika bayi anda menggunakan lampin jenis kain, cucilah lampin tersebut sehingga bersih dan elakkan menggunakan pewangi pakaian.

9. Penggunaan tisu basah atau sabun yang mengandungi alkohol serta pewangi boleh memparahkan lagi masalah ruam lampin tersebut. Jadi, hindarinya.

10. Hindari juga penggunaan bedak kerana ia boleh mengundang iritasi kulit sekaligus iritasi pada paru-paru bayi anda.

11. Lampin bayi tak kiralah lampin pakai buang ataupun lampin kain yang terlalu ketat boleh berlaga dengan kulit bayi. Perkara ini mengundang ruam atau melecet pada kulitnya yang masih lembut. Pastikan anda memilih lampin bayi yang lembut dan selesa untuknya.

12. Pastikan juga anda memilih lampin bayi yang sudah diuji secara klinikal sehingga sesuai untuk kulit sensitif.

cara mencegah ruam lampin

Itulah beberapa cara untuk mengatasi atau mencegah masalah ruam lampin bayi anda. Apapun kebersihan bayi adalah faktor utama dan penting dititikberatkan supaya kesihatan bayi terjamin.

Kredit Photo: Google

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...