Skip to main content

CUBA 5 PETUA MUJARAB MERAWAT SAKIT TEKAK

sakit tekak

Kebelakangan ini sakit tekak. Tetiba rasa sukar untuk menelan makanan. Nak teguk segelas air pun terasa sakit. Jika anda pun mengalami perkara yang sama, bermakna anda pun sedang sakit tekak.

Infeksi virus yang menyebabkan infeksi sakit tekak yang parah, mungkin juga ada alasan lain yang menjadi penyebabnya. Sakit yang menyebabkan sakit parah dapat dikurangkan dengan sedikit petua untuk menyembuhkannya secara semulajadi tanpa perlu memakan ubat.

Berikut beberapa petua untuk menghilangkan sakit tekak yang boleh dicuba:

sakit tekak

1. Berkumur Air Suam Dengan Garam

Petua berkumur dengan air suam sangat disarankan jika anda berdepan dengan masalah sakit tekak.

Ambil sedikit segelas air panas dan tambahkan dengan satu sudu besar garam. Kacau sehingga larut, biarkan sehingga menjadi suam-suam kuku.

Setelah itu barulah dikumur selama 15 minit dan anda akan merasakan perbezaannya setelah dilakukan secara berulangkali.

sakit tekak

2. Air Perahan Lemon Suam Dengan Madu

Ambil segelas air panas dan tambahkan sedikit jus perahan lemon dan satu sudu besar madu. Kacaulah sehingga sebati dan minumlah.

Perahan air lemon dapat membantu meredakan inflamasi dan membunuh kuman-kuman di tekak. Selain itu, apa juga berkesan untuk menghilangkan lendir pada tekak.

sakit tekak

3. Pati Halia Dengan Madu

Ambil satu sudu besar madu dan tambahkan sedikit pati halia. Campurkan kedua bahan ini sehingga sebati.

Setelah campuran siap, minumlah secara perlahan-lahan untuk meredakan rasa sakit tekak anda itu.

4. Urut Leher Dengan Minyak Peppermint

Mungkin juga sakit tekak yang dialami disebabkan anda terkena penyakit tonsil. Minyak peppermint bertindak untuk menghangatkan leher.

Ambil minyak peppermint secukupnya, sapu dan urutkan perlahan-lahan di leher. Rasa panas dan berangin minyak tersebut  akan membebaskan anda dari rasa sakit tengok dan juga bengkak tonsil.

5. Bunga Cengkih

Bunga cengih banyak khasiat, salah satunya  boleh mengubati sakit tekak. Ambil  satu atau dua sudu kecil serbuk cengih dan kacau bersama segelas air pans suam. Gunakannya untuk berkumur.

Sekiranya tiada serbuk cengkih, boleh sahaja gunakan beberapa tangkai bunga cengkih, namun perlu ditumbuk terlebih dahulu supaya khasiatnya dapat larut ke dalam air. Bunga cengkih bersifat anti bakteria dan anti radang yang mampu meredakan sakit tekak.

Cuba Nanti Ya!

Itulah beberapa petua untuk mengatasi atau merawat masalah sakit tekak yang boleh anda cuba.Mana tahu petua ini serasi dengan anda. Insya-Allah dan selamat mencuba.

Kredit Photo: Google

Kredit Photo: Google

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...