Tentu ramai yang suka makan buah-buahan. Lagipun terdapat banyak buah yang sangat bagus untuk kesihatan badan kita. Lebih-lebih lagi pada yang hendak kurus cepat! Kandungan gula semulajadi dalam buah juga lebih baik jika dibandingkan pengambilan makanan berpengawet yang mengandungi kadar gula tambahan. Ramai yang mengatakan lebih baik kita makan buah-buahan selepas makan. Ada juga yang beranggapan bahawa pengambilan buah-buahan lebih bagus diambil sebelum makan. Sebenarnya mana satu yang betul ya? BERIKUT INILAH JAWAPAN UNTUK CARA MAKAN BUAH- BUAHAN YANG BETUL! PAGI HARI Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk makan buah-buahan kesukaan kita. Kemudian, jangan lupa minum segelas air masak sebelum menikmati buah-buahan tersebut. Makan buah pada pagi hari akan membantu kita mendetoksifikasikan sistem badan dengan baik. MAKAN SEBELUM SARAPAN PAGI Disebabkan badan kita tidak menjamah makanan selama kita tidur, antara 8 atau 7 jam, jadi kita disarankan untuk makan buah-buahan sebelum bersarapa...